Saturday, January 28, 2012

TIGA SUARA - BERIBU SESALAN ANCAMAN HEBAT KEPADA FINALIS AJL KE 26


ASSALAMUALAIKUM

Heh. First of all rasa cam tak percaya aku akan update pasal Anugerah Juara Lagu Ke 26 ni. HAHA. Macam mana nak mula ni eh. Errr.. Aku tak biasa tulis pasal entertainment ni. So, Aku sendiri pun rasa agak pelik bila aku yang menulis pasal ni. Korang PELIK tak? Okay, Pelik kann. Ohhh jap, Poster kat atas ni memang aku saja letak muka aku. Konon2 feeling yang aku ni finalist juara lagu skali ah kan.. hehe. 

Ok, Sebelum aku meneruskan bicara *ewahh ayat*, Meh sini aku bagi senarai bagi mereka yang berjaya ke Final Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL)


1. Sungai Lui oleh Aizat
2. Awan Nano oleh Hafiz
3. Kisah Hati oleh Alyah
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol
7. Karma oleh Faizal Tahir
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque
9. Gadis Semasa oleh Yuna
10. Penakut oleh Yuna
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif
Aku tak reti nak bagi komen pasal lagu2 bagai semua nih. HAHA. tapi, untuk AJL kali ni, Aku sangat YAKIN bahawa pemenang dia ialah ;
 
1) Beribu Sesalan (Tiga Suara)

Kenapa aku cakap Beribu Sesalan ni bakal menjadi juara?. First, Sebab ada Shilaa Amzah! . HAHA. Hoi, Shilaa Amzah tu dah la comel gila! Suara dia memang sedap. Aku suka lagu patah seribu dia tu. Oleh kerana lagu Patah Seribu dengan BERIBU sesalan ni tak jauh beza pun nama tajuk dia, (still ada ribu ribu) So, memang lagu ni LAYAK untuk menjadi juara AJL ke 26. Aku rasa bukan sahaja kerana kecomelan Shilaa Amzah, Tetapi..lagu ini juga aku labelkan sebagai sebuah lagu yang strong dimana Ketiga-tiga penyanyi yang menyanyikan lagu ini mempunyai kehebatan Vokal yang mantap dan boleh juga digelarkan sebagai mereka yang berpengalaman dalam bidang nyanyian. All the best for them! .

 

****************************************

Bawah ni pulak adalah lagu yang aku rasa ada kemungkinan boleh menang. Ada kemungkinan boleh kalah. Ada kemungkinan memang kalah terus. HAHA. okayyy.
 Faizal Tahir - Karma

Sebenarnya, Aku rasa..zaman kegemilangan Faizal Tahir ni macam dah lama berlalu. Nak kata dia boleh menang pun tak.. Cuma, bagi aku.. Dia punya performance memang selalu TERBAIK. He's Always give the best for his performance. So, Aku rasa dia ni boleh menang "Persembahan Terbaik". Aku ingat lagi last year punya AJL yang dia masuk dalam AIR tu. Epic sungguh. Maybe sebab dia laa tema tahun ni menggunakan tema AIR :)

 Najwa Latiff dan Yuna

Bagi dua orang penyanyi nii.. Aku rasa depa dua ni punya lagu sama jee. jenis easy going and sedap2 telinga je dengar..Aku akui, Yuna adalah seorang penyanyi yg mempunyai bakat besar.. Tapi, sejak dah lama tak Play lagu dia, aku macam "Ehhh, Boleh menang ke Yuna ni? errr...err.." .Untuk Najwa Latiff pulak, Lagu muka buku tu seriously memang best! Gua selalu nyanyi lagu dia time tengah mandi. Kira macam gua pun santai laaa dalam bilik air tu. HAHA. Tapi, Lirik dia macam nothing much laaa. Even aku enjoy lagu najwa latif ni, Tapi aku percaya dia tak boleh menang AJL 26 ni. Fullstop. *sekejap gua sekejap aku. kelly much*

Hafiz - Awan Nano

Errrr.. Hafiz? Aku taktau lahh nak cakap apa. Sebab, aku tk suka sangat dia nii. Lagu dia? So, So.. Lahh.. Kawan aku cakap suara dia sedap. Aku dah lama tak dengar lagu dia sbenarnnyaaaa...Tapi, yang latest aku dengar OMBAK RINDU punya OST laaa. Ok, lepas dengar lagu tu aku macam ada keyakinan sikit lah yang Hafiz ni boleh menang. Sebab lagu ombak rindu yg dia nyanyi tu macam tacing sangat. BEST kot.. But, the problem is, lagu yang dipertandingkan ialah AWAN NANO! . Ahh sudah. Lagu ni dah la aku tak berapa suka sebab, bila nyanyi lagu ni je aku teringt kt gula2 Nano-Nano tu. Mengundang betul. >.<"

To conclude, Aku tekankan lagi sekali bahawa lagu BERIBU SESALAN akan mengungguli Pentas AJL ke 26 ni nanti. TRUST me. Untuk Finalis yang aku tak mention, bukan aku tak minat. Tapi, Aku dah penat menaip. Serius. Entry aku dah jadi panjang berjela gila dah. Dah macam syok sendiri je. Macam lah ada orang baca panjang2 macam Kereta Api ni. HAHA. okay.. Tapi, papepun.. AJL tahun ni macam meletup skit laaa sebab teaser dia pun gilaaa kemas editing. Memang cantik habis plus grand and sangat professional! . Aku macam ternanti-nanti pulak nak tengok benda ni. Tapi malang sekali kat kolej tkde TV. okayyy. Aku rasa macam tak tengok kot..atauuu, ada yang nak bagi tiket free kat aku? HAHA. okay dahhh syed sudah...Akhir kata, Semoga Beribu Sesalan menjadi Juara Lagu AJL ke 26. Sekian Terima kasih.

p/s : Entry panjang berjelaaaa. Komen mengalahhkan Juri Akademi Fantasia. Okayy. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...