Saturday, April 21, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) IPG KBA 2012


ASSALAMUALAIKUM

Dua hari yang lepas IPG aku ni baru melangsungkan satu "Sukan" yang dipanggil KOT atau nama panjang diaa Kejohanan Olahraga Tahunan. So, today.. im going to talk about that. KOT ni kira macam sukan macam dekat sekolah-sekolah dulu lerr. Mcam2 lah acara ada. Tapi, aku (dibaca atlet) nak rehat tahun ni. So, malas lahh nak masuk apa-apa aktiviti sukan kann. Just, sebagai JUNIOR katanya kenalah join PERBARISAN ni. At first aku ada 2 pilihan, sama ada nak join Cheerleading or Kawad, dari awal mmg aku dah taknak pilih cheerleading dan cuba untuk provoke kawan2 aku utk join perbarisan. Tapi diorang taknak...cheerleading pulak pilihan diorang. Nak taknak biarlah aku sensorang..

Kalau nak cerita pasal kawad ni mmg banyak kenangan lah. Aku mana pernah berkawad sebelum ni. So, ni kira mcam a very first time aku berkawad since the last time when i was in standard 5 or 4 tak silap. Bila dah lama tak kawad, and tetiba je kena join perbarisan ni.. mula-mula macam agak kekok la. Biasalah kan bila kita buat something yang kita tak biasa. So, macam awkward lahh. Arahan-arahan dalam kawad pun aku dah lupa. First day of training dgn diorang, sepanjang bermula latihan kawad tu, sampailah habis sesi pertama asyik kena push up je. hurmmm. Sekali salah kena 10 push-up, bayangkanlah aku yg tah berapa kali salah ntah mau sampai 100 kali kot. Mula-mula takda efek pun, pastu tetiba esok bangun pagi, kaki tangan habihhh semua sakit habaq hang. 

At that moment rasa macam malas nk join menda alah ni sebab, bila badan dah rsa macamtu nak buat kerjaa harian pun tak selesaa lah. Tapi, no choice laa sebab tak cukup org kan. Takpe, terima jelah sebagai satu cabaran.. dan selepas berminggu minggu punya training.. Aku semakin membiasakan diri dengan berkawad ni. Takdela susah sangat.. walaupun kadng2 tu ada juga la aku kawad macam robot sebab kalut duk ingat step. Padahal kalau jalan mcam biasa tkde pun jadi robot tu.. Part formasi pun susah jugak sebab banyak kena ingat step. 

Tapi, dari pengamatan aku.. team kawad rumah merah (rumah sukan) paling best laaa. Sebab rumah lain semua stress kot. Rumah aku punya latihan siap boleh bergelak ketawa lagi. Kalau rehat 5 minit boleh jadi 10 minit duk ligat sangat bersembang. Tenaga pengajar pun best. 

Tapi yang paling tak boleh lupa bila birthday aku, diorang semua nyanyi lagu happy birthday. then, sorang-sorang wish. Woi.. Sumpah aku malu gila.. Aku rasa tak perlu kot semua tu. Aku tak biasa lahhhh. aaaaa. bila ingat balik gelak sensorang pun ada. Malu campur terharu. Hilang sat perasaan sedih tak dapat jumpa mak. lol. 
Biarlah kenangan tu bersemadi dalam ingatan sampai bebila. kehkeh. Pastu, Bila dh dalam 3 minggu kot training kawad tu, Akhirnya hari yg dinanti pun tiba. Kitorang memang letakkan harapan yang tinggi kot untuk Pasukan kawad rumah merah. Sebab, mengikut survey2 semua cakap formasi kitorang kemas dan seragam. So, nombor 1 dan 2 tu memang kitorang dah target untuk pasukan kami..

Tapi, kita hanya mampu merancang dah berusaha. Allah yang menentukan. Mungkin dia bagi hujan dulu kat kami, Supaya kami dpat lihat PELANGI yang dia nak bagi. 
Kitorang kalah perbarisan tu. Ya, memang susah kot nk percaya. Aku pun sampai harini tak percaya lagi. Try put yourself in my shoes. Susah gila nak terima bila kita dah letakkan harapan yg tinggi terhadap sesuatu, Tapi.. kita tak berjaya. Sampai sekarang sedih. Ahhh. Mungkin takda rezeki. Mungkin ada PELANGI seperti aku ckapkan tadi. Cuma pelangi tu mungkin dri segi ukhwah yg terjalin. Ya Allah. Perancangan Allah itu sentiasa betul :) . Malas nak pertikaikan macamane juri tu bagi markah.. mungkin ada sebab tersendiri.

************************************************
GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2012


Banyakkkkkkkk lagi gmbar sebenarnya . Tapi, Ahh line slow gila. Tak dapat nk upload. Sorry, 
Thanks for reading! hehe :)

8 ORANG PANDAI COMMENT:

Rozuan Ismail said...

cumelnya adik syed jadi red indian.haha. tp yg paling comel yg geng kuning tuh

Syakir Rahman said...

hahaha, siap ade mascot skali...stylo la.. :D

Syakir Rahman said...

hahaha, siap ade mascot skali...stylo la.. :D

Miss Butterfly said...

alololololo syeddd . hahahaha



rindu zaman sekolah ! >.<

ZWAN SABRI said...

wah! bestnye.. mesti meriah sakan nii.. tgk gambaq pown taw.. :)

Mr. Z dan Mis N said...

best kan duk maktab..cuma rules dia cam skolah jer...
http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/hiburan-gambar-bogel-rihanna-bercuti-di.html

zikeryhassan said...

IPG aku takde pun KOT. Hahaha

cik tenggiling said...

lebah tu comelnya... erm, yg shrek tu asal tangan kurus, perut besau. nampak tak even.. pape pun lebah tu sgt comel!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...