Wednesday, March 7, 2012

PERKATAAN LAIN YANG DIGUNAKAN DALAM PRODUK YANG MENGANDUNGI UNSUR BABI






ASSALAMUALAIKUM

Ehemm. Ok, harini aku nak cerita pasal MAKANAN yang MENCURIGAKAN lagi, Ehh.. Actually bukan mencurigakan laaa.. Tapi, more to peringatan untuk kita supaya berhati2 dalam memilih makanan. Iyelaa kan, makanan sekarang ni bukan betul sangat pun. Nama menu kemain grand-grand, tapi entah hape bahan yg dia letak kita tak pernah pulak tau ye dak? So, untuk entry kali ini aku nak bagitahu pasal Nama-Nama Istillah Makanan Yang Berkaitan Dengan BABI.

Aku jalan-jalan dekat pesbuk tadi, so..secara tidak sengaja terpandang satu post berkaitan pasal term lain bagi babi. Macam menarik perhatian aku lahh jugak sebab ada sesetengah term tu yang aku mmg tak tahu, dan aku rasa mcm salah satu keperluan lah bagi kita untuk ambil tahu pasal ni semua. Lagi-lagi francais makanan barat dekat Malaysia sekarang makin berlambakan! Kadang-kadang tu ada lah jugak aku tengok makanan diorang tu mencurigakan, tapi ramai pulak org ISLAM yang makan kat kedai tu. Entah, Soal makanan ni tak ramai yang ambil berat. So, bawah ni adalah list bagi nama lain untuk makanan yang berkaitan dengan babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Okay, dalam banyak-banyak ni..Aku macam tergamam laa baca yang nombor 6 tu.. BACON. Sebab aku pernah makan Carls.Junior woi! Ada satu menu tu nama dia ada “Bacon bacon” lahh. Tapi aku tak ingat. Carls Jr. Halal ke? Okk. Selagi takda sumber yg mengatakan Carls Jr. tu haram, maknanya ia masih halal. Lagipun, bacon tu bukan babi je kan? Tapi secara umumnya adalah DAGING HAIWAN YG DISALAI. Bagi korang yang dah rasa ragu-ragu dah baik jangan makan. 

Selain itu, Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi’ Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi’ 

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan apa yg kita makan… Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat. Terima kasih :)

4 ORANG PANDAI COMMENT:

shiema sufian said...

Mudah mudahaaaaan, dapat dielakkan dari makan makanan yang haram ini (:

Hermin said...

huish hebat btul babi ni....semua benda nak guna dia.....hurm

Impiana Mayana said...

pernah masa kat klcc, Nad and kawan2 belek2 purse kulit kat satu kedai ni, pastu rupa2nya beg tu diperbuat drpd kulit khinzir. ceh, mmg rasa nak baling beg tu time tu gak.. nasib baik lah beg tu kering. kalau tak konpem tak pasal2 kena cari tanah kat klcc tu untuk sertu (http://impianamayana.blogspot.com/2010/04/samak-sertu-muhrim-mahram-apa-semua-tu.html).

eh, dah lama tak komen kat blog ni.. hehe.. hai syed, lama Nad x singgah sini, rupa2nya dah bertukar ke dot com ye skrg. :)

Anonymous said...

Em..purse kulit babi kalau kering sekalipun kita pegang still kena sertu gak kn? Mohon check balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...