Thursday, March 1, 2012

DOMAIN EXPIRED KINI DAH RENEW

ASSALAMUALAIKUM

Ya Allah, rasa mcam dah lama gila kot tk update blog. HAHA. Pernah tak bukak blog aku pastu tetiba dia jadi macam dekat atas ni? Pernah? Kalau pernah tu maknanya aku punya domain dah expired. Haaa. apa? kau ingat sardin, roti, milo je ke ada expired date? Domain pun ada beb! *cakap gaya semangat*.
Aku pun tak tahu apa sebab aku renew balik domain ni. Nak kata aku rajin gila update blog takdelah jugak. Aku rasa sangatlah jarang aku update. Kalau update pun cuma kehidupan yang aku lalui seharian sahaja. Nak kata Entry yang berkualiti tu jarang sekali lah. Kalau ada mood rajin datang menyerang time tu baru ada. Kalau tidak memang duk bersawang je lah blog ni *pandang kiri kanan blog*

Aku terpikir jugak sbenarnya nii. Korang terpikir tak? *terpikir hape tah ko syed*. Sebenarnya, aku ingat macam nak tukar sikit lah tagline blog ni. #eh. Pastu, aku ingat aku nak tukar jugak URL.. Tapi, aku dah renew dah domain ni. So, macamana nak tukar wei? HAHA. (ni aku memang saja buat statement kelly).
Disebabkan sekarang ni aku macam menulis more to daily life, i thought that i want to make a tagline about LIFE laaa rather than this "Everything In One" yang macam dah lapuk ditelan dek arus permodenan. kahkah.. Apa kata kalau aku tukar tagline tu kepada "Diari seorang cikgu?" "Sir yang tak pandai English" "Kehidupan seorang teacher trainee" Arghhh. Nama tagline yang muncul dalam kepalahotak aku sekrang ni semua pasal CIKGU! HAHA. aku taktau kenapa. Nak kata aku obses nak mati terhadap profession perguruan ni JAAAUUUH Sekali kot. Maybe itu adalah salah satu cara untuk aku mendekatkan diri dan cuba mencintai profession ni kot? errrrr.. OK OK.. *sediakan baldi utk korang muntah*

So, setelah berfikir dan berfikir. Aku telah membuat kata sepakat dengan diri aku sendiri bahawa aku tidak akan menukar mana-mana bahagian blog ini!. HAHA. Biar lahh apa yg ada dekat blog nii dahulu.. dikekalkan sampai bebilaaa.. Kalau boleh design tu pun biar lahhh macam tu. Kalau ikutkan aku dah bosan jugak dengan design yang sama for almost 1 year. Tapi tapi...apakan daya.. nak edit malas sekali. So, untuk orang yg malas macam aku ni mmg deserve laa dengan design yg dah sedia ada sekarang. haaa. japp jap!!. lagi satu, aku rasa.. SYEDGRAPHIX ni kerja dia bukan buat grafik design dah. sebab dia seorang yang PEMALAS dan BUSY (ke?) . Aku akan teruskan menulis seperti sediakala! . Yessss. Rindu nak menulis dekat blog. rindu nak blogwalking. rindu dekat dunia blog. seriuussss *peluk, cium dunia blog* . Sekian, saya akhiri entry ini dengan ucapan terima kasih kerana membaca. :')

1 ORANG PANDAI COMMENT:

fyy mokhtar said...

kah3. dah sawan ke ahkak syed?? larikkkkkkkkkkkkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...