Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011 YANG BANYAK MENYIMPAN KENANGAN

ASSALAMUALAIKUM
*sorry dah tak pandai design. reti buat yang habis simple je*

Entry kali ni takde apa pun nak cakap.. cuma, kali ni nak simpulkan macam² perkara yang berlaku pada tahun 2011 ni.. Eh, Sebenarnya i don't really know how to start this entry. HAHA. sumpah tak reti macamana nak memulakan Entry menyayat hati ni (menyayat sangatlahh kan) . Tahun 2011 ni mmg banyak gila kenanagan yang MANIS aku rasa. PAHIT? nahh. Aku rasa macam takde. Yelaa, kdg² walaupun benda tu pahit. kita kena telan jugak. So, Aku tak rasa pun benda tak best yang berlaku sepanjang tahun 2011 ni adalah kenangan yang pahit, bahkan segala yang aku lalui walaupun pahit..aku percaya..semuanya mematangkan aku.


Tahun 2011 ni, aku bukan lagi seorang PELAJAR SEKOLAH. Tetapi seorang mahasiswa! yeah! So, Antara yang termanis bagi aku adalah dapat meneruskan pelajaran aku ke tahap yg lebih tinggi *lol whut. tinggi ke?* .Ni adalah rezeki terbesar yang Allah bagi dekat aku. (Ya Allah nak tulis ape lagi ni >.<")

2011 Jugak dah menemukan aku dengan ramai insan² yang hebat, berbakat dan macam² lagi lah. LOL, aku maksudkan blogger lahh...Sejak aku duk KL ni, Aku akui.. Memang rajin gila aku keluar every weekend. HAHA. Dah, kadang2 nak beli barang pun dekat mid valley. Kedai kat sini mana ada. 


Diorang semua ni kebanyakannya semua 1st time jumpa. Tapi adalah 2 3 orang yang dah 2 3 kali juga jumpanya. Tapi tak kisah laaa kan. Sumpah diorang ni memang friendly. Tak menyesal kenal dengan diorang.. :') . Walaupun sbenarnya aku banyak diam jee kalau gathering² ni. Yelaa.. malu kann.. malas laa nak kepoh². Kahhhkahhhkahh.

Sebelum ni kan keje aku tak lain tak bukan duk rumah je kan? Twitter, Fb, tidur. haaa. tu mmg rutin harian aku laa lepas SPM. Sampai aku tak berapa reti sangat nk bergaul dgn org. Jumpa org pun macam "omg! gila aku nak cakap apa dengan dia ni. Ya Allah malunya aku rasa". Serius kadang2 sampai ke tahap tu aku rasa. tapi, sekarang Alhamdulillah. sejak masuk maktab, aku dah semakin pandai laaa nak bergaul dengan org. Tapi, still.. aku lebih suka buat keje sendiri dalam bilik dari duk bising² dekat luar. Aku juga dah jumpa macam² jenis org dah yang sebelum ni aku tak pernah jumpa dkat SMA Al-Khairiah. Kadang² aku tak dapat deal jgak dengan org camtu. hurmm. Tapi, tengok lahh. masa akan merubah segalanya. 

Bercakap mengenai Campus LIFE!. Hidup di kampus ni aku rasa seribu kali lebih membebankan dari sekolah. Betul. Sebagai contohnya, Masa sekolah dulu.. Aku tak pernah buat kerja sekolah. Tak pernah buat! so, bila dah smpai ke tahap ni.. aku rasa macam aku loser sangat. Bagi TASK kadang² tak buat..dekat kelas baru buat. Bagi Assignment, Setiap hari hantar last minute. Buat pun last minute jgak. Kadang² Aku terpaksa susahkan org lain mintak tolong hantarkan. Aku dah try nak move on dari semua ni.. Tapi, *sigh*. Maybe akan jadi Azam 2012 kot. Kalau aku serius belajar time Sek. Men dulu mesti aku tak macamn. Nak buat kerja pun malas. Kalau ditanya perkara apa yang aku akan sesalkan.. Aku akan jawab, Aku sesalkan masa yang aku dah bazirkan time sek. menengah haritu. 

Sekarang aku tengah cuti sem,  aku cuti sampai 3 hb. Aku daftar kolej 3hb. jgak laa..Dulu, Sebelum cuti sem, Aku berkobar² janji dkat diri aku. Nak buat grammar test sendiri, Nak baca novel untuk English Studies ni.. Nak buat itu, Nak Buat ini.. Tapi, bila dah sampai je rumah. Aku seolah-olah leka. Leka dibuai INTERNET. Aku tak salahkan internet jugak atas semua ni. Aku salahkan diri aku sendiri. Aku tak mampu nak tunaikan janji aku kpd diri aku sendiri. Selalu dah macam ni. Kadang² aku bertanya jugak pada diri aku. "Apa yang aku nak jadi kalau aku terus macamni?". Tapi, aku takleh nak fikir banyak² pasal ni. Nanti mood aku daripada HYPER HAPPY terus jadi Sedih gila. Sampai nak wat semua kerja pun dah takda mood. Aku skrang dah jadi emotional skit. Taktau kenapa. Perubahan diri yg semakin ketara dalam diri aku yang aku sedari spanjang cuti sem ni. Sikit² nak marah, Sikit² nak marah. What happen to you syed? PMS ka? Hamagadd (untunglaa laki ada PMS)


Dapat terlibat dalam sambutan hari kemerdekaan dan hari satu malaysia juga merupakan salah satu kenangan terindah sepanjang 2011. Aku taktau knp, tapi apa yang aku rasa sebelum pergi sini mmg rasa macam nak menangis. WAAHAHA. bukan nangis laa. macam sebak ahh. sebab, aku tak suka program² camni, tapi, bila sampai sana. Ya Allah apasal laa best sangat hidup kat sini! *sebab makanan free kot* .
Pastu, dah balik IPBA mula lahh nak rundu rindu bagai. ahha.


TESL NIGHT 2011 ! . Ok, Ni pun malam yang aku takleh lupa :') . There're many things to remember. Aku terlibat dalam decoration semuaa pada malam ni.. ada laa jugak planning² decoration yang tidak berapa menjadi due to cost yang tak brape nak ckup kann..Baru aku tau, dkat sini, Event² semua di handle oleh PELAJAR. So, bila terlibat skit dalam menghias pentas ni.. dapat laa sikit pengalaman on how to handle event camni. Pastu, Baju pulak.. Aku malu sbenarnya nak pakai baju camni. HAHA. Lack of confidence. Aku tak pernah terpikir pun nak pakai baju camni. Entah, Perkara berlaku terlampau cepat..


Camping dekat PANGKOR ni pun sama. Banyak memori dkat sini. BANYAK SANGAT. Dekat sini macam² aku belajar. Paling banyak aku belajar ialah "Jangan mementingkan diri sendiri" Aku mengaku, dalam apa² jua aspek, aku banyak pentingkan diri aku sndiri daripada org lain.. Tapi, tak bermakna yang aku tak pernah pikir pasal org lain juga. cuma. KURANG. myself come first.

Bukan perkara yang gembira je.. Yang SEDIH pun turut berlaku dkat diri aku tahun ni.. hurmm, Antaranya,


Arwah Syahrul Nizam meninggal kerana terlibat dalam kemalangan. Aku tak pernah jumpa dia, Tapi.. aku rapat dengan dia.. aku selalu twit dengan dia. banyak twit gurau² antara aku dgn dia. Gambar kat atas ni merupakan last tweet daripada dia sebelum dia meninggal. Susah nak terima hakikat yang dia dah pergi.. tapi, peninggalan arwah ni macam dia dah tahu je yang dia nak pergi.. dia sempat gurau² kali terakhir dengan aku, dia sempat minta maaf dkat semua kawan² dia..Tweet terakhir dia amat memeranjatkan aku. Sebab, yelaaa dia sempat pesan "Solat jangan lupa" . Dulu, aku pernah cakap.. "Kan best kalau tiap hari ada orang ingatkan aku yg leka ni supaya jangan melambatkan solat" . Tak sangka ni nasihat terakhir daripada dia untuk aku. Takpe, aku dengar nasihat ko ni nizam! :'). Aku doakan supaya kau ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. 

Azam tahun baru aku, tak lain tak bukan mesti la nak jadi yang terbaik, nak buang segala sifat mazmumah dalam diri.. I want to be a better person! *itu lahh apa yang aku harapkan tiap tahun*. Azam aku jugak takdelaa nak jumpa Siti, Altimet, Lisa surihani ,Fazura.. Takda makna. Kalau jumpa pun bukannya dia bagi duit sejuta kat ko pun. Setakat upload gmbar dkat pesbuk then org like n komen. Tu je ke? konon best laa tu bergambar dengan retis eh? k.

Kalau ikutkan memang banyak lagi ni nak tulis pasal ape. HAHA. tapi takpela, stop dulu. aku rasa macam dah meleret gila gila. Ohh, jap! aku sebenarnye teringin sangat nak letak gambar CAMWHORE aku dkat blog ni. HAHA. takpelaaa, Camwhore terakhir bagi tahun 2011. And, aku rasa lepas ni mmg tak laaa kalau aku nak letak! har har har! So, this is it.


                                 SEBELUM                                                     SELEPAS

Bhahahaha! k, dua dua ni memang muka mintak Penampar, Penerajang, Penumbuk dan semua PE PE PE lahh... Tapi, ni memang last CAMWHORE aku untuk tahun 2011. Saja nak letak. Taktau laa kalau screen laptop korang terus pecah lepas tengok gmbar ni. 1st gambar yang belah <--- ni adalah sebelum aku gunting rambut and shave. yang ---> pulak gambar selepas Shave and potong rambut. HAHA. semuanya perkara terakhir yang aku lakukan pada tahun 2011 ni.. Aku jarang nak letak gambar dkat BLOG. sebab, ntah. Tapi saja nak letak untuk Pengakhiran tahun 2011. hihihi, 

Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup ini sepanjang tahun 2011. Dan, maaf andai mulut ini ada mengguris hati mana² pihak. Saya tidak boleh Memuaskan hati semua org kann.. So, Selamat Tahun Baru kepada semua yg sedang mengunjungi blog ni! Terima kasih daun keladi, Next year kita jumpa lagi! :)

Wednesday, December 28, 2011

DAPUR BUJANG : CEKODOK TIGA RASA? HAHA


ASSALAMUALAIKUM

Okay, Dah lama tak update. blog. Niat nak update tu ade. Tapi tu laa. Mula² Aku ingatkan nak masuk contest nuffnang.com.my yang "Say Tak Nak" tu.. Tapi, Dok tangguh tangguhh.. tangguh.. Sampailaa dah sampai ke tarikh penghujung contest. HAHA. Pastu, nak update lagi konon2 nak masuk yang Contest nuffnang.com.my yang menang iPhone tu.. Tapi, takda idea CAMPUR malas! So, Sampai sekarang baru nak update. HAHA. ni pun update makanan breakfast pagi tadi! =B .

Ok students! Today. Sir nak ajar kamu.. on how to make a "Cekodok Goreng 3 RASA" *wahaha celah mana tah 3 rasa aku taktau*. Rasa dia Masam, Pedas dan Masin. Haaaa. Langkah pertama yang anda perlu buat ialah...


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1) Tepung Gandum. 
2) Bawang Besar 
3) Lada Kecil
4) Ikan Bilis.

Semua bahan² Di atas mengikut kepada kuantiti korang nak buat tu. Kalau banyak tepung... banyak laa lagi bahan dia. haa. camtu laa! pandaii .


Lepas tu, Blender je semua bahan² tadi. HAHA. *ni cara pemalas*

Tuang air skittt.. then, Kacau laa sampai dia jadi Tepung. #eh *rasanya mmg dah jadi tepung pun.* HAHA.


Kacau laaaa sampai dia jadi macam ni! hahaha.
Lepas tu sediakan kuali letak minyak, then Goreng! senang kan? kih3... Ohhhh, jap..Kalau nak hiris2 bawang besar letak pun boleh jgak. Kalau taknak blender pun boleh. ikut ja macamane pun. janji boleh makann n sodapp!


Tadaaaa! Dah siap Cekodok nyeee! Jom makan! ahaha. ada lagi ni balance tadi. tak habih aku makan sorang. Cissdale. ohh, yang Garing skit ni sebab aku sibuk bertweet. lupa plak ada cekodok atas dapur. Adehhhh.... Tapi, sedap jaa. bukan hangus pun.! hihihi. klahh, tu je. Pandai kan aku masak. Sdap kot. bye :)

Wednesday, December 14, 2011

FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA UNTUK MENDAPAT NUFFNANG BUFFERED EARNING

ASSALAMUALAIKUM

Harini nak cerita pasal NUFFNANG Sebelum tu, bagi yang tak tahu, NUFFNANG adalah Advertising Community atau Komuniti Pengiklanan. Atau dalam bahasa mudah dia, NUFFNANG ni bila kita letak iklan dkat blog kita, bila ada yang click dapat la earning per click. Tapi, aku taknak fokus dkat earning yang per click ni. aku nak fokuskan dekat BE atau pun Buffered Earning. BE ni antara pendapatan yang banyak laa dalam NUFFNANG ni. Disebabkan itu, ramai yg salah sangka dkat NUFFNANG. Ramai yang beranggapan bahawa NUFFNANG ni bagi BE kepada blog tertentu yang dipilih oleh meraka. Tapi, TIDAK sama sekali. Serius korang salah anggap. Sebenarnya, Advertisers yang memilih blog mana yang dia nak  beriklan. So, Kalau korang tak dpat BE, means korang tidak terpilih oleh ADVERTISERS. dan bukan tidak dipilih oleh NUFFNANG ye!. kat bawah ni aku boleh laa bagitahu skit faktor² yang membolehkan korang dapat BE daripada advertisers.

Terdapat beberapa faktor yang akan menentukan peluang anda yang dipilih untuk kempen CPM 
 Antara faktornya ialah Audiens Sasaran/Target Audience. Advertisers ni mestilaa ada target audience sendiri kan?. Sebagai contoh, iklan advertisers tu pasal MasterCard. So, kalau blog korang tu kebanyakan pelawat terdiri dari businessman atau glongan professional lain yang menggunakan khidmat kad tu, peluang korang nak dapat BE adalah sgt mudah. Ini lah dia kepentingan Survey yang ada dekat blog korang tu. Korang kena update Survey tu dari semasa ke semasa. Sebab, daripada survey tu laa advertiser akan kenal blog korang dan akan tahu samada korang layak atau tidak.

Faktor kedua pulak ialah Kedudukan Iklan korang. Kedudukan iklan pun turut menjadi punca samada korang layak ke tak nak dapat BE tu. Seperti yang korang tahu advertisers telah menghabiskan banyak duit kot nak design iklan semua tu dengan harapan semua org dapat baca apa yang nak disampaikan. So, apa yang korang perlu buat just susun je iklan tu elok2. dan pastikan korang ada ketiga-tiga unit iklan tu dekat blog bagi memastikan korang mendapat peluang yg lebih tinggi (ecehh). Kalau boleh letak iklan NUFFNANG tu kasi terapung pun boleh gak. haha.


Last but not least, Korang pastikan korang punya membership status tu Glitterati. Sebab, Advertisers lebih bermiant untuk beriklan dkat blog yang glitterati berbanding dgn blog biasa. Try laa ikut apa yg disuggestkan oleh NUFFNANG ni. Mungkin rezeki korang kan nak dapat. Aku ni tak pernah dapat pon! HAHA. aku tulis ni pun berdasarkan Tiket yang nuffnang reply dkat aku. Harap dapat membantu Thanks :)


Rajin² Laaa. aktif dkat web NUFFNANG

Tuesday, December 13, 2011

SEBAB KENAPA SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE??


ASSALAMUALAIKUM

Aucakkk! haa. selamat pagi korang wei. Serious dah lama tak update blog. Penat kot aku pkir nak update ape. Tapi, idea mcam tak masuk je dalam otak. Rasa sangat awkward bila mood nak update blog tu ada. tapi, TOPIK nak update blog tu yang takde. Faham? maaf. Saya tahu ayat saya sangat kelly. tapi, bukan kelly clarkson okeh! kihkih. Stelah brainstrom yang tak seberapa, terdetiklah dekat hati ni nak update pasal relationship ni. Aku mengaku aku memang tak bagus langsung part² relationship ni. So, that's why laaa bagi aku single itu lebih baik. 

Sebelum aku mulakan  point²/hujah (macam berdebat) bagilaa aku buat muqadimah dulu. haha.. Okay, dalam islam ada berapa status? kalau dikira secara kasar ada 3 je kan? single, married, divorced. So, dkat sini je dah menunjukkan yang manusia ni dah create satu 'ikatan sendiri' yang tak sah. then, tetiba boleh pulak cakap "ehhh, ni makwe aku kot.. dia MILIK aku. takde siapa boleh rampas". Couple tu ikatan SAH ke bro? ko nak couple jumpa tok kadi eh? ke jumpa tok imam? pakai saksi tak? pastu boleh pulak dok mengaku yang girlpren dia tu hak dia. Eh, ko tau tak ada yg lebih berkuasa? kalau dia nak amik nyawa yg knonnya 'milik' kau tu.. skejap je beb!. So, jangan nak bangga dgn status 'COUPLE' yang sbenarnya takde bawa maksud pape pun. cuma manusia ni je pandai create kasi menda tu nampak macam "Hamagaddd! gila gempak sial org tu ada couple! jeles kot!". Padahal pada mata aku.. "ehhh, tlonglaa. kahwin tak lagi dah mcm kalah org yg dah kahwin -.-"

KENAPA SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE?

BEBAS dan TIADA KONGKONGAN

Bila korang single, korang takde pun pelik² nak kisah pasal hal girlpren boipren semua tuh. So, setiap masa korang FREE. tak payah nak spend kan masa untuk bergayut, untuk msg anytime, anywhere and kdg² tu macam dah putus idea nak msg ape but still because konon² COUPLE kann, kena la msg 24 jam untuk menunjukkan caring nya dia terhadap pasangan . puiii!. Takda maknanya. Alangkah indahnya kalau masa yg korang dah habiskan untuk pasangan korang tu.. korang gunakan untuk perkara yg lebih berfaedah. kan bagus tuu.. takde la terasa membazir dia. 

Then, tiada kongkongan. ok, ni memang betul. bila single, takde sape pun nak jeles dgn kita. Just, suka hati laa nak keluar dengan siapa, cakap dgn siapa, msg dgn siapa. sape kisah? takde siapa kisah okay!. So, takde la macam terikat sangat. bila nak buat something je teringat awek, teringat pakwe. aduhhh... ntah ape tah. lagi-lagi yang kuat cemburu buta.. lagi sakit laaa hubungan tu..

SAYA SUKA KEADAAN SEKARANG
Nothing should change. Aku suka keadaan aku sekarang. Aku tak perlukan sesiapa buat ketika ini melainkan keluarga, sahabat dan rakan². Tahu tak? ingat senang ke org nak fahami kita? ingat senang? Aku tak pernah pikir orang boleh faham macamane aku yang sbenar. Sebab mereka mmg tidak pernah faham. Tapi, kalau diorang dah kenal aku bertahun2, maybe diorang dah kenal 2/4 daripada aku.. dan yang baru beberapa bulan kenal aku?? kira lah sendiri brapa percent korang kenal aku. i just unreadable. aku susah nak deal dengan certain² org. kadang2 suka² je org label aku sombong laaa.. bla bla bla. tapi, aku buat macam tu pun sbb aku rasa tak selesa. faham? i have my own reason why i treat some of them very nice but not you.. the answer is just ask yourself and find out what the reason is.

So, untuk disimpulkan, Aku tak payah bagi banyak² point. sebab 2 point yang aku bagi dah cukup buat korang berfikir mana satu lagi baik. TAK. aku buat entry ni pun seriously takda niat pun nak kondem hang hang yang couple dkat luar tu. tapi, aku just tulis pasal aku. knp aku lebih prefer utk stay single rather than being in a relationship. jangan sentap dulu okay? baca sampai habis. kemudian baru boleh nilai. Kesibukan yang aku lalui sekarang dah semakin melupakan aku pasal semua semua ni.. Handphone yang dikatakan penting, namun aku tak pernah merasa kepentingannya dalam hidup aku. serious tak pernah rasa. tapi, aku sangat merasai kepentingan INTERNET dan LAPTOP dalam hidup aku.. Tiada siapa yang boleh memisahkan kami.. Dah laaa. selesai carutan yang tidak bernas daripada aku. yang baik jadikan tauladan. yang buruk jadikan sempadan okayh? thanks a lot (:

"Cintakan MANUSIA mati. Cintakan ALLAH kekal abadi"
p/s : nak kahwin dgn laptop niiiiiiii! (:

Sunday, December 4, 2011

PERCAYA KEPADA KHABAR ANGIN MAKANAN YANG MENGANDUNGI UNSUR YANG DIHARAMKAN

ASSALAMUALAIKUM


First of all, Selamat pagi diucapkan kepada semua yang sedang membaca dan mengunjungi blog syedgraphix.com. So, harini.. terdetik pulak aku nak kupaskan tentang isu makanan yang kononnya diharamkan atas sebab ada unsur-unsur tertentu. So, ni soalan yang aku nak tanya korang,


korang percaya tak milo tu ada cacing? sardin ada katak? Air pepsi, 7up,coke semua tu ada darah HIV yang baru² ni tersebar?

Bagi aku nak percaya bulat² semua ni memang tak masuk akal jugaklahh. TAPI, mungkin laa boleh dipercayai sikit² kalau kita gunakan creative thinking dan setelah menggunakan teknik CAF (consider all factors) yang dipelajari di dalam thinking skills. ada jugaklah yang gelakkan kita kalau kita percaya benda ni semua. HAHA. tapi, kisah ape kan. sebab, bila kita dah dengar cerita macam ni. kita rasa macam.. "ehh, mende ni betul ke boleh makan?" "Errrr.sedapnyaa cacing aku makan ni" . So, dah jelas² dekat situ yang kita meragui apa yang kita makan. Jatuhlah hukum makanan itu kepada syubhah. 

definisi syubhah : Syubhah ialah hukum makanan yang tidak diketahui halal/haram sesuatu makanan itu.
So, Syubhah ni dah dekat sangat dah dengan haram. ingat ni, walau terbit SEDETIK pun keraguan tentang makanan yang kita makan, itu dah dikira sebagai syubhah. So, kalau korang rasa nak PERCAYA yang produk² ni semua adalah seperti yang dicanang ni corong² media, lebih baik jangan makan.takpe, tak rugi pun kalau korang percaya yang menda ni ada bahan2 yang meloyakan tu. at least korang berhati² dengan pengambilan makanan korang. ingat, makanan jadi darah daging tau! meh sini aku nak list skit kebaikan kalau korang percaya khabar angin dkat atas ni.. Let me figure out some of the benefit.

Sebagai contohnya di sini, kalau korang percaya yg MILO tu ada CACING!
Korang tau kan MILO ni minuman apa? milo ni adalah minuman berunsurkan MALT. Minuman jenis ni boleh membekalkan tenaga kepada kita. Imagine that, yang korang ni bukan jenis yang sporty, jenis yang suka duduk terperap kat rumah yang rutin hariannya makan tido pesbuk twitter dan setiap hari minum MILO. Milo tu minuman tenaga, sedangkan korang langsung tak keluarkan peluh. duk diam je. Pastu, effect dia, korang akan jadi gemuk. sebab lepas minum tu korang tak melakukan aktiviti. Selain itu, MILO ni juga boleh menyebabkan mengantuk!. Bayangkan kalau korang ngantuk di kelas, apa yang korang dapat? sedangkan pergi kelas untuk menuntut ilmu kan?. 

The most important thing is Milo ni kan NESTLE punya product. NESTLE ni company dari mana? Yahudi kan? so, kalau boleh sebaiknya kita cari lah produk bumiputera. lebih terjamin halal dia. Aku suggestkan korang amik ovaltine. sdap! >.<

Contoh kedua pulak, TAK RUGI PUN KALAU PERCAYA YANG COKE TU ADA DARAH HIV
Serious, korang tak rugi pun kalau percaya benda tu. sebab apa? sebab.. korang tahu kan pengambilan minuman bergas yang berlebihan boleh menyababkan apa? tahu kan? .Lepas tu pulak dulu pernah digembar-gemburkan dalam surat khabar yang ada racun serangga semua tu dalam minuman dia.. dan, yang paling penting sekali, KORANG TAHU KAN YANG COKE NI PRODUK YAHUDI? Setelah perkatan Coca-cola yang membawa maksud "La Muhammad La Makkah" tu korang sanggup lagi ke nak minum?. Kemonn lahh. ni serius tak rugi kalau korang boikot minuman camni. Secara jujurnya, aku sejak form 1 dah tak ambil minuman COCA COLA.  

Kesimpulannya, tak salah pun nak percaya benda ni semua. sebab, dah jelas makanan tu pn bawa keburukan dkat kita. yang nak makan lagi tu pahal? tu cari nahas namanya! >.<". Biarlah orang nak kata yang korang ni kolot, lurus sebab mudah diperdaya dek khabar angin. cakap balik kat dia, "Aku jaga makanan aku. aku taknak makanan haram yang aku makan jadi darah daging aku".  So, TETAP ADA KEBAIKAN KALAU KITA PERCAYA BENDA NI >.<"

Dan buat pihak yang tak bertanggungjawab, tak perlu lahh nak buat benda camni untuk menjatuhkan nama produk orang lain. Al-Fitnatul asyaddu minal qat "Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh 1000 umat islam" so, fikir2 kan la kalau nak sebarkan sesuatu info yang belum tentu kesahihannya. Wallahualam. Semoga makanan yang hari² kita makan tu adalah makanan yang HALAL :)

extra: definisi bagi makanan HALAL.
thanks sudi membaca! :D

Friday, December 2, 2011

PENGAKUAN ANAK MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN IBU SENDIRI [VIDEO]

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi semua. Actually tadi ada lah jalan² dekat facebook lepas check akaun Nuffnang (padahal takde dapat BE pun T.T). Pastu ada la terjumpa satu page ni : Jom Taubat Nasuha. Adalah satu video ni. video dia tentang anak dan seorang ibu yang pernah berhubungan sesama mereka *faham tak?* . Rancangan ni ditayangkan di Indonesia ya! dan bukan di Malaysia.. Jap, aku letak video tu. Sebenarnya SEBAK aku tengok video ni. Sedih tengok. hmmm .



Soalan pertama dari penonton. "Ko tak tau dosa ke hahh buat sex dgn ibu ko??"
jawapan dari dia : dia cakap dia tahu dosa! tapi ibu dia paksa dia kalau tak kena halau rumah! 

kata aku: waddeefff sangat! ko tau tak ibu bapa memanglah orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati kedua-duanya jelas termaktub dalam Al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang disuruh asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang MUNGKAR!.. Dalam hal ni, ibu dia dah memaksa dia untuk buat sesuatu yang mungkar, pd situasi camni.. ko tahu tak yang ko ada hak untuk bersuara dan hak untuk tidak mengikut perintah dia???!. Setakat kena halau rumah pada umur yang dah mencecah 20 tahun. Aku rasa ko dah baligh dah kan time ni? 20 beb! ko pun dah pandai bezakan mana baik mana buruk, kalau kena halau rumah pun.. takde hal la wei! at least bila ko tinggalkan rumah tu.. ko boleh la bagi masa untuk mak kau fikir ape yg dia lakukan tu betul ke tak! faham? -.-

Pastu, pengacara ni tanya dkat mak dia, "Apa yang ada dalam fikiran kau sbenarnya hahh?".jawapan dari dia : Apa yang ada dalam fikiran sayaa adalah suami sayaa! saya dah anggap dia ni macam suami saya dah.

kata aku: Ehh pompuan. ko tak reti nak bezakan ke suami dgn anak ko hah? ko tu dah la tua.  takkan laa suami ko muda mcam anak ko tu? ko cakap macam org takda agama je. padahal ko islam kan? Ya Allah.. sedih nye laa tengok org yang tak reti nak beza suami dgn anak sendiri.

penonton ni pun satu.. boleh plak tanya soalan "adakah anda telah bernikah dgn ibu anda?" 

kata aku : ehhh. ape punya soalan ni. dah tau takleh bernikah dgn ibu sendiri, yang pi tanya soalan macamni kenapa?? aduhh. ke dekat indonesia ibu dgn anak memang dihalalkan untuk berkahwin? #eh



Ni pulak part 2. Part 2 ni ada membuktikan yang dia ni ISLAM. boleh cakap "Alhamdulillah" lagi tu...

kesimpulannya kat sini, aku tak rasa rancangan macamni patut dipaparkan. AIB kot, boleh bagitau dkat orang ramai plak tu. Kalau memang dah salah skalipun, kau usaha la untuk perbetulkan dia. bawak dia pergi jumpa ulama' supaya diorang berdua ni boleh insaf bukan paparkan lagi aib dia dkat depan orang ramai.

Lepastu, PENONTON. yaa. PENONTON! penonton dia dah la semua REMAJA. iman pun masih goyah.. Silap² ada yg boleh terlibat dgn melakukan perkara yang sama jugak!. Malah, ada yg gelak² plak tu.Lagi satu, bila orang tu buat salah boleh pulak bertepuk tangan bersorak bagai. sepatutnya rancangan macam ni supposed to be sedih. tapi, aku yang sedih bila diorang siap bertepuk tangan bila orang lain melakukan DOSA & KESILAPAN!. 

Part last skali tu.. boleh pulak dia cakap "buat apa nak rasa malu.. dia bukan berzina dgn orang lain, dia berzina dengan anak sendiri." .

Ya Allah. cakap macam orang dah takde agama. ZERO. macam tak tahu pape. org yang jahil je yang jawab macamtu. No wonder lah Allah selalu turunkan bencana dekat sana. rupanya banyak perkara sebegini yang berlaku.. hmm, aku google isu ni pun banyak dekat indonesia. tapi, tak bermakna dkat Malaysia takde. cuma tak tersebar je. -.-"

p/s : Apa kata korang? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...