Wednesday, August 24, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #6 - AKU JATUH CINTA


Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) 



Friday, August 19, 2011

MAX 24.7 Video Review | Ewww. its BAD !

ASSALAMUALAIKUM


Selamat pagi! ye, pagi² ni aku nak review sikit video hampes kumpulan  GAYpop MAX 24.7. Ye! . aku tau isu ni dah kelihatan agak basi laa sebab dah ramai update pasal mende ni kan? tapi , tak kira! aku nak update jugak! sebab..sebab aku nk update lah! haiyo.. *lempang skit*. Ok, video haramjadah ni di upload pada 15 OGOS 2011 dan sekarang dah 19 OGOS 2011. 4 hari dah berlalu.. dann, Tahniah kepada kumpulan ini kerana dalam masa hanya 4 hari sudah berjaya memperoleh 59,811 views 2000++ comments dan tidak dilupakan 2,337 DISLIKEs! dan hanya 80 likes. Tahniah di atas pencapaian yang memberangsangkan ini! kahh kahh kahh..

Aku cakap nak review kan? okehh, jom teruskan sesi review kita! HAHA

Yang ni time opening video.. korang nampak tak ape aku nak sampaikan di sini? nampak tak yang perempuan tu tergedik² sangat? menyampahh aku! Pastu.. time ni diorang turun dari VAN ramai² . Hello.. ape class bhaii naik van! orang bawak la merc 2 bijik. baru laa gempak sikit. eww. takde taste lah kau -.-" . Lepas tu kan, 1st impression aku bila tgk video ni .. aku dah tau yang group 24.7 ni memang gila populariti..kenapa? korang tengok la sendiri.. konon² bila turun dari van buruk tu semua perempuan² tu terkinja² je ke arah diorang . konon hotstuff sangat lahh kan! 


Kalau ikut hari dia upload video ni.. time bulan puasa.. so, MAYBE dia shoot video ni pun time bulan puasa.. aku taktau la kalau video macamni ambek masa smpai sebulan nak proceed.. so, aduhhh.. aku tengok pakaian² manusia dalam video ni punya lah menjolok mata.. memang satu dugaan bagi seorang lelaki yang berpuasa #Eh. Pakai proper lahh skit woi! hormat sikit bulan puasa nih! ko bayangkanlahh.. dalam banyak² perempuan dalam video ni.. aku hanya nampak SEORANG sahaja yg bertudung! seorang je bhaii! ni pun aku rasa dia tengah jalan² , pastu ada orang paksa suruh masuk dalam scene. HAHA


yang ni plak macam pose time power ranger menang lawan raksasa mata satu je! . Cuba tengok pengacara dia yang tengah² tu.. haiihh. aku bukan nak kondem diaa. tapi serius gilaa dia memang takda bakat dalam pengacaraan langsung! tak berkarisma.. penampilan pun takde..haiihh..


Dah nak hujung² video ni ade laaa pulak bangsa lain dalam video ni.. adehh.. at least cari laahh yang cantik² skit bawak masuk dalam video.. baru la marketing punya video naik skit... ERKKK. So, kalau nak simpulkan overall video ni.. aku rasa, aku mmg takde masalah dgn kualiti video ni.. ok je kot gambar dia.. tapi sound tak brape skit.. dan. part yang paling takleh bla ialah part DANCE dia.. ya! aku bukan tau menari! aku tak pernah blajar menari semua ni.. tapi, bila kita menonton.. kita analyse benda yang kita tgk tu. kita perhati.. so, sedikit sebanyak walaupun kita xtau menari.. tapi, aku dapat simpulkan yang diorang punya tarian sangatlah awful! dan sometimes diorang ni adaa yang macam baru nak ingat step.. ada yang laju sangat.. ada yang slow sangat.. dan ada jugak yg macam kaku je time menari.. its really a bad choreography i think! >.<

Part nyanyian pulakkk... memang aku tak faham satu ape pun yang diorang nyanyi.. aku rasa diorang terlebih fokuskan part tarian.. sampai tarian diorang tu agak mengganggu sikit diorang punya nyanyian.. sampai aku tak faham ape yg diorang nyanyikann. atau..lagu ni memang dia saja buat lirik yang blur² camtu(??) . As for me.. aku rasa tak payah la teruskan perjuangan mu MPOP! sebab. korang dah terlalu ramai yang tak suka! try yourselves to cmpare your video with the other k-pop videos. im sure that they're much better than yours! Kami tak perlukan any mpop in malaysia!
 we love korean because they are KOREAN! pleaaaaaasseee get it! thanks =)   *aku bukan peminat korea. dan. aku pun bukan peminat mpop! kbai :) *

Saya Segak Berbaju Melayu!


ASSALAMUALAIKUM

Contest baju melayu dan baju kurung? yess! gua nak masuk guaa nak masuk! kalau korang nak masuk jugak... boleh intai² syarat² penyertaan dekat sini BELOG KUCENG .
First off all, sebelum aku upload gambar aku berbaju melayu yg sangat hensem dann meletupps tu. inginlah terlebih dahulu aku menyampaikan definisi baju melayu..

Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.
SOURCE : WIKIPEDIA 
Jelass?? ok, sekarang kita ke agenda yg seterusnya :)




ok, FINE! . Tau dahh tak hensem. tapi sebukk je nak join contest ni. HAHA bia lahh. gambar ni diambil time kelas. time ni lecturer takde kot. ntah la tak brape hengat sangat. aku plak sentiasa bawa camera gi mana². so, everytime bila agak² bosan tu.. keluar laa camera. HAHA. baju tu plak baju raya time 3 tahun yg lepas! see? masih muat dipakai. itu maknanya badan aku masih di tahap yg sama! .Halamakk! aku taktau nak ketegorikan aku punya baju melayu ni potongan mana satu. adehh..pandai² lahh korang ehh.. 


Sape² nak join contest ni jommm laa kita masuk ramai² . Click je dkat link bawah ni eh, thanks : )

Wednesday, August 17, 2011

BLOG PINK IZZATY HEDRY DAN CELOTEH MAIRA QUEEN

ASSALAMUALAIKUM

Honestly aku cakap.. aku sebenarnya dibayangi rasa bersalah yang teramat sangat kpd semua yang join aku punya segmen review blog pada bulan 5 yang lalu. see? sekarang da bulan ogos pun masih tak settle. 
teruk kan aku? sorry² . Actually.. time aku bukan segmen review ni hari tu.. aku masih dalam persiapan nak sambung blajar.. so, sekarang..bila dah sambung blajar..ada masalah internet pulak.. so, makin tertangguh la jadinye.. tpi, takpe.. aku tetap akan review blog korang.. walaupun lambat


BLOG IZZATY HEDRY
"hati tak pandai menipu, itu lah nama bila hati izzaty herdy berbicara" . Serius aku suka tagline dia.. 
blog izzaty ni bertemakan warna pink.. blog dia sangat kemas, takde widget terabur dan.. dah cukup cantik lah bagi aku... cuma.. certain things macam ,


Recent post dengan shoutbox je aku rasa yang izzati ni kena perbaiki.. first, bagi shoutbox tu.. kena naikkan value skit kasi dia tak tersorok.. taktau camne? try godek entry aku yg ni TUTORIAL FLOAT SHOUTBOX. Then, untuk recent post punya thumbnail tu.. untuk bagi dia nampak kemas lagi.. just perlu tukarkan image url bagi thumbnail tu je.. so, i think it will be okay! :)

BLOG MAIRAQUEEN
Next, beralih pula kepada blog Maira . Yang ni lagi la aku rasa bersalah.. sebab, dulu dia guna blogspot. sekarang dah tukar domain dah.. baru aaa aku sibuk² nak review. huaa. sorry maira!. Melihat kepada blog Maira ni.. aku rasa ada banyak la jugak yang kena perbaiki.. 1st skali aku sentuh part header la sikit..


Header maira ni.. aku rasa combination kaler je yg tak berapa sesuai. Combination kaler yang mungkin sesuai ialah biru dengan hitam or biru putih, TETAPI , bukan lah aku cakap kombinasi tu tadi msti kena ikut warna background. TIDAK! . Cuma, kalau nak kasi warna seragam dan nampak nice lah.. Kalau macam header maira yg skarang ni.. aku rasa tak berapa sesuai sikit . sebab, first skali dia punya font. Font pandai ke aku tu spatutnya kena ganti dgn font lain. sebab, font jenis macam ni mmg tak sesuai nak di-apply effect stroke.. Font macam ni just sesuai kosong sahaja..

Then, warna font yang digunakan. Iaitu merah + kelabu. Ni yang aku maksudkan tak berapa sesuai. sebab, bila merah (warna terang) di combinekan dgn warna kelabu (warna font) . Maka, warna font tu tadi akan tenggelam dek kerana warna merah yang terang tu tadi .. Macam perkataan "berceloteh" tu.. yang tu ok la skit. sebab, both of the colours are bright.. So, ko kena banyak cari kombinasi kaler yang sesuai je maira! :)


Kemudian widget share facebook ni. Aku rasa hang salah coding ni maira.. cube check balik coding dia. sebab, benda ni just menganggu pembaca nak baca entry. hehehe. (",) . Yang lain aku rasa overall okay lahh..

Okay.. lengkap sudah dua blog yang aku review untuk hari ini. InsyaAllah akan sambung bila-bila lagi...bila masa mengizinkan lah iye! :) . dan, maaf andai ada tersalah kata yg mengguris hati korang ke bila aku review blog korang ni... aku pn bukan bagus sangat...just nak bagi pendapat je. Thanks 

WORDLESS WEDNESDAY #5 - MERDEKA | BESAR PUNYA!

 Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) 

Tuesday, August 16, 2011

SEBAB DAN KELEBIHAN BLOGGERS MEMPUNYAI DUA ATAU LEBIH AKAUN FB


ASSALAMUALAIKUM
*tajuk panjang gila. fuhh semputt~*

" Hoi. kau asal nak ada sampai 10 facebook? satu tak cukup ke? ape ko ingat ko tu artis ke ape nak ada sampai 10 FB? dah ramai sangat peminat yg kacau ko? hahhh?? dah penuh 5000 ke friend ko? . over la ko beb . tolonglaaa "

Ayat atas ni adalah contoh laa konon-konon ada org cakap kat aku camtu. HAHA.. Eh, aku nak ada 10 FB skalipun ape ko kisah beb.. Tolonglah jangan buat andaian awal terhadap mereka yang ada dua atau lebih akaun facebook.. ada la sebab diorang sendiri kenapa diorang buat akaun banyak². Dewasa ini, macam dah jadi trend je orang buat akaun facebook banyak banyak... dan, kebanyakan daripadanya ialah BLOGGER. Tapi, aku serious tak kisah orang nak buat akaun facebook banyak-banyak ni..sebab, bila fikir balik.. sangat banyak benefit dia.. antara Alasan-alasan kenapa blogger perlu ada banyak akaun fb adalah seperti berikut :
 Tak Menyemakkan Wall Orang.
Korang tau tak sebenarnya yang korang dah semakkan wall semua friends dkat facebook korang? taktau? kalau ko tak tau sila tanya kpd diorang tu.. Facebook kan dah jadi satu medium untuk korang promosikan blog korang kan?? ye.. aku faham.. Nak pulak bila dekat fb skarang group² blogger dah tumbuh ibarat cendawan tumbuh lepas hujan *betui ke ni?* So, korang pun mestilah nak ping blog korang dkat group² yang melambak tu kan? tapi, korang pernah terfikir tak ape hasilnya dkat wall korang nanti? pernah? pernah terfikir ape yang orang lain nampak dekat wall? kalau tak tau, ni haa. tgk ni. ni laaa hasil dia..


Wall friends korang akan dipenuhi dengan link-link yang korang share dkat fb tadi.. "Facebook aku, sukahati aku laa nak share banyak² link skali pun.. kalau tak suka unfriends je aku!" . Daripada korang cakap macamni.. lebih baik la bagi korang untuk buat je satu akaun baru khas untuk blogger friends korang.. Lagi mudah + tak menyusahkan mana-mana pihak.. Aku takde masalah pun dengan link yang banyak² dekat wall ni.. tapi, bagi mereka yang bukannya seorang BLOGGER.. Agak annoying lah di situ bila tgk wall diorang dipenuhi dengan muka korang je.. >.<
Bila dah ada banyak akaun fb...

Oraite... bila korang dah ada banyak akaun fb, korang boleh set kan lahh.. for example , first account fb ni just for kawan dan sahabat terdekat SAHAJA . Sementara yang akaun ke dua pulak untuk bloggers sahaja. So, senang kan? . Lagi satu, bila korang buat macam ni.. korang dapat tengok perbezaan antara akaun fb untuk kawan korang dan akaun utk bloggers.. aku ada buat satu pemerhatian di sini, so. aku terus membuat kesimpulan bahawa bloggers tak suka main game! HAHA . sila lihat gambar di bawah


Akaun pertama 

Akaun kedua

See? Akaun pertama lebih banyak notification game sebab aku approve kawan terdekat dan juga bloggers ..where as akaun ke dua aku tu cuma khas untuk blogger sahaja..so, betul laa aku cakap yg blogger tak suke main application tah hape hape dkat FB ni. HAHA . Aku rasa lebih tenang bila guna FB ke dua aku.. sebab tak banyak notification game! *HAHA. Lagi satu, Sebab takde tag gambar yang dari application..yang langsung takde kena mengena dengan aku.. contoh ,


Nampak tak gambar di atas? semua takde kena mengena dengan aku... So, sangat tak best!  Manakala dekat aku punya akaun fb yang lagi satu tu... takde pun gambar² macam ni :) . Korang jugak boleh pilih je nak login yang mana satu korang nak. HAHA. tapi, aku slalu login serentak je dedua~ LALAA~♪♫♪ .. So, kesimpulannya.. janganlah ingat orang yang buat akaun fb banyak² ni sebab nak blagak diva lahh.. #retis lahh.. dan sebagainya. tapi, pandanglah dari sudut yang positif! yeah! :)

Disebabkan aku punya facebook ke dua pun aku dah tercampur dengan budak IPBA + Bloggers, dan aku pun taknak senior² aku terganggu dengan link banyak² dekat wall aku tuu.. so, aku pun buat lagi satu! kiranya aku dah ade 3 FB la! HAHAHA. tapi, this one aku gunakan untuk PING entry blog je..dan, untuk mengelakkan orang add aku punya akaun yang ke tiga tu.. aku dah sediakan note macam ni :


grammar terabur gila. biar lah! HAHA
so, BLOGGERS.. jom la buat banyak² akaun FB! kbai :P

Thursday, August 11, 2011

RAMADHAN JOURNAL : 10 HARI BERPUASA ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM


Sangkakah anda bahawa Ramadhan Journal adalah bahasa perancis atau  french? . Ramadhan journal tu maksud dia Diari Ramadhan. Aku tengok sana sini orang ramai je buat citer pasal diari ramadhan! mane aci! aku nak jugak beb, nak tau tak? secara habis jujurnya.. aku da draft entry ni selama seminggu tau! but, due to lack of idea..i postponed it until the 10th of fasting days. *speaking sangat, tak rasa nak lempang?* . So, harini saja kau dan aku dah dapat satu vocab french!. haha . ohh, enough of introduction. 


pakcekk! sedap sangat lauk2 pakcikk! nak skitt! kat KL non hado! T_T

Tahun ni, sbenarnya tahun pertama la jugak kiranya aku berpuasa tanpa keluarga di sisi, yelahh kann.. aku kan dari form 2 sampai lahh ke form 5 duduk kat rumah. so, memang tak pernah berenggang lah dari keluarga tu kalau nak tau. So, bila aku dah kena blajar jauhhhhhhhhhhh (Kl je pun) aku sangat rindukan suasana time berpuasa di sana! yeah, sangat berbeza seperti di sini.. Kalau kat rumah tu macam-macam keje aku boleh buat.. antara rutin aku kalau time skolah adalah seperti di bawah,
2.30 - Pulang dari Skolah (skima gila guna pulang. HAHA)
2.30 ~ 4.00 - Refreshment, Solat, Online 
4.00 ~ 5.30 - Angkut barang pergi Bazaar Ramadhan
5.30 ~ 7.00 - Online je duk depan laptop. HAHA. *jangan tanya aku study ke tak*
7.00 ~ 7.45 - Kemas-kemas barang kat bazaar termasuk berbuka sekali laaaa. then terus balik.
8.30 dan KEATAS - Pergi ke masjid untuk terawih, kalau aku tak gi terawih, aku akan online lagi. smpai pagi. HAHAHA
Tengok, siap boleh hafal schedule lagi beb! hahaha . ohh, forgot to tell you yang mak aku ni peniaga bazaar ramadhan je. Kitorang jual lauk-pauk untuk berbuka puasa dan juga mee & kuey tiaw goreng panas..So, disebabkan AYAH aku ada tanggungjawab dia sendiri, so.. aku kena la tolong menguruskan segala persiapan untuk berniaga ni agar segalanya berjalan lancar dan laris . Jangan tanya bila time aku study, aku ni bukan plajar yg straight A. so, aku study bila aku rasa nak study. *tapi macam tak pnah study je >.<* .


Ape motif aku bagitau schedule bagai kat atas ni? ada org tanya ke wei!? HAHA.. Ok, memang takde orang tanya.. tapi, aku cuma nak sampaikan.. betapa rindunya aku pada saat-saat itu..yelahh, dulu boleh buat macam-macam.. sekarang, bila da sambung belajar everything kena independent. eh, aku bukan tak reti nk berindependent! . tapi, quite hard la untuk orang yg pemalas macam aku yg cuma tau nak online 24 hours a day. haha .Lagi satu, suasana bazaar ramadhan dekat KL ni sangat berbeza dengan Temerloh! banyak gila kot perbezaan dia. Sebagai contoh,

Kuih tako!
Samada korang percaya atau tidak, Kuih yang macam ni memang takda dekat KL. serius. aku dah pergi bazaar area Kerinchi dengan Masjid jamek tu.. tapi, memang stakat ni aku tak jumpa lagi gerai yang penuh dengan kuih-muih macam ni... kalau ada punn.. elehhh.. kecikk je bekas dia... macam nak tak nak jual je. 
this reminds me of AMNI , dia pernah cakap yang dekat KL susah nak jumpa kuih macam dekat Temerloh. katanya tak banyak.. time tu memang la aku tak percaya. then, only now.. bila aku dah duduk kat KL sendiri.. baru la aku tau betapa susah nya nak cari kuih..


Tengah google jumpa plak kan bazaar tempat mak aku berniaga. haaa. ini lah dia bazaar yang dimaksudkan aku... mak aku punya tempat yang kanopi biru belah kiri tu.. (maybe) . Even dkat sini cuma Taman Perumahan biasa je.. tapi, kebanyakan orang yang beli dkat bazaar tu datang dari luar.. Kira, ramai gilaa lah orang bila time ptang-petang tu.. sebab, kengkadang diorang nak keluar pergi bandar sesak.. so, kalau taknak sesak.. pergi je beli dkat Bazaar Taman Temerloh Jaya ni.. menu pun banyak.. takdelah macam menu dkat Bazaar kerinchi ni..menu diaa.. kann.. asyik sama je.. peniaga bazaar ramadhan dengan pasar malam pun tak berubah! kami mahukan perubahan! PEHLISSS!

Disamping itu, bazaar dkat KL ni pun kalau nak pergi 3km jauhnya dari tempat aku . kena jalan kaki plak tu.. kalau berbaloi takpe. takut pergi-pergi je takde ape yg hado.. aku pernah pergi sekali je bazaar dkat kerinchi ni..so, disebabkan masalah sperti ini, aku lebih cenderung untuk berbuka puasa di Cafe yang berdekatan atau di kolej kediaman aku. ya, i did mentioned about kolej kediaman. means? HOSTEL or ASRAMA. hey! jangan ingat laki tak reti masak laaa.. we had been train on how to be independent okayh! stakat masak untuk berbuka puasa, apa lah sangat kann.. but, aku jarang sangat lahh join diorang buka puasa together. why? sebab aku lebih prefer utk makan kat luar.. ini kerana, bukanlah hendak menunjukkan yang aku SANGAT BANYAK DUIT sebab makan kat luar hari-hari. Tapi, aku lebih mementingkan kepuasan semasa makan. HAHA. *poyo ayat aku* . bukan pe, aku kalau bab-bab makanan ni mesti nak banyak je.. aku takut nanti tak cukup plak untuk aku.. so, sebab tu aku lebih cenderung untuk ke cafe >.<

Selain daripada cafe yang selalu dijadikan tempat berbuka puasa.. aku juga ade beberapa tempat lain seperti di bawah, 


KFC . aku sangat tak suka bila ada drumstick! . dan, bila ade drumstick ni aku akan suruh pekerja tu tukar dengan bahagian lain.. tapi kan, semalam...dia letak sampai 2 paha tau tak. then, aku suruh la kawan aku ni mintak tukar .. pekerja tu tukar 1 paha je.. means, ada lagi 1 paha laaa.. dah la kecik gila paha tuu.. aku pun puas tanya orang sape nak tukar bahagian dgn aku. memandangkan paha tu kecil, so.. memang takde sape yang nak.. Aku pun buat muka seolah-olah pasrah laa sebab macam tak kenyang je bila ayam kecik camtu...pastu, Amir ada lah kasi skit bahagian dia kat aku.. even aku tak mintak pun, aiyo.. bila aku dah makan ayam yang ke 2 tu.. aku tgk, ayam tinggal lagi seketul.. perhhh! perot aku da habis sumbat da nihh! memang tak leh nak gi dahh la weii...!. tu laaa.. tadi masa sebelum berbuka tadi kemainn sangat tak cukup banyak tuu... alih-alih.. haa. hamek ko.. tak terhabis! so, jangan TAMAK okay! 


Okayh, this one time last week! My first time buka puasa tepi jalan! HAHAHA. yeah, you should try it. quite fun.. and, okaylahh we had a very good time together. (dah macam ayat dalam jurnal language development aku je)  But, this one with the bloggers.. :) . Kalau ada masa boleh la buka sama-sama lagi eah! hahaha. #LOL . Tapii, tapiiii time tu tak sempat nak usha harga dekat SOGO. takpela, next time la plak. hehehe.. 

To conclude, 10 days puasa dekat KL is not bad but, i just missed my hometown. I hope like tomorrow is a
Friday, so.. I could back to Temerloh and enjoy my precious moment that much! i miss my mother! and, baru tadi umi telefon, umi cakap umi ada jatuh tangga.. hmmm, i hope that everything gonna be just fine laaa.. harap takde ape... bahaya kott kalau jatuh-jatuh tangga nii... sekian, terima kasih kerana sudi membaca :)

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4 - NEW VERSION OF FACEBOOK

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Monday, August 8, 2011

BASIC SOFTWARE MAINTENANCE

ASSALAMUALAIKUM

Ehem .basic software maintenance .. ape yang korang tahu pasal ni? ok, software maintenance ni maksud dia penyelenggaraan software korang.. So, Entry aku harini adalah untuk memberitahu korang cara asas untuk korang selenggarakan korang punya software. *sounds macam hebat gilaa aku ni kan* . Takdela, aku bukan nak cakap aku memang pro tahap dewa bab-bab komputer ni.. aku tau hang lagi terer. tapi, aku buat post ni sebab aku dah belajar dan buat esaimen pasal benda ni semua...Apa guna kalau aku blajar then benda tu semua aku simpan untuk diri aku sendiri. Pada aku buat macam tu, better lah aku kongsi dengan semua orang yang masih belum tahu apa itu penyelenggaraan software ni..Secara jujurnya aku pun baru tahu ni.. ok dah. jangan gelak! >.< . tanpa melengahkan masa.. jom kita mula!


Okay, perkara pertama.. kalau korang pergi beli laptop or netbook yang baru.. pihak yang jual tu akan install apa-apa program dekat laptop korang.. dan, kadang-kadang.. program yang dia install tu langsung tidak diperlukan oleh korang.. So, korang pergi control panel then, ambil add/remove program dan pilih je program mana yang agak-agak sampah.. seterusnya terus uninstall je. 

Kenapa perlu remove ehhh? . Ini kerana.. program yang mengarut-ngarut yang tidak diperlukan oleh korang tadi.. bila disimpan didalam laptop korang.. akan memakan ruang-ruang kosong yang sepatutnya korang boleh gunakan untuk program yang lebih baik.. dan, kadang-kadang.. program yang dia install tu.. start secara automatik tau tak? . ini bermakna bahawa program tu sedang menggunakan korang punya sistem dan juga bandwith. >.< 

Aku tau aku salah spelling MAINTENANCE! jangan gelakkan akuuu. malu lahh. ok, dekat atas ini adalah kepentingan kenapa korang harus menitikberatkan penyelenggaraan software ni tadik.. korang faham kan? aku malas nak translate .. atau secara kasar nye.. kepentingan dia.. adalah untuk mengelakkan laptop korang tu slow tahap siput sampai korang rasa nak campak dari tingkat dopoloh smpai tingkat satu je .

Ok.. yang ni yang deterusnya... security bagai nihh.. Aku tak rasa pun benda ni bawa kepentingan kepada laptop korang.. tapi, kalau korang nak guna.. guna je la. cuma, nanti kalau dah habis trial.. haruslah uninstall balik. sebab, kalau tak install nanti..macam-macam bubble laaa keluar suruh korang update kepada premium . HAHA.

*ni penjelasan bagi yang atas tadi. kbai*

Seterusnya ialah Scandisk. Apa itu scandisk? scandisk tu ialahh.. ermm. aku pun sebenarnya tak reti nak cakap camne. hahaha. tapi aku rasa.. scandisk ni dia scan korang punya hard disk laaa..kalau ada error ke ape.. dia dapat detect.. dia bagitau la bila dah habis scan..

okay, ni cara dia macamana untuk scan disk korang..ahh. ikut je lah step tuh >.<



Pastu..tekan je start.. lepas da siap nanti ada la dia bagi report samada ada error ke takk... jelas? 

****************************************
Ok dah siap.Aku kongsikan sikit je la. penat da nak copy yang len. dan penat  jugak aku hipokrit jadi cikgu IT harini. kompom takda siapa faham beb. HAHA. .Akhir kata, jaga lah laptop korang sebelum laptop korang jadi siput. HAHA. kbai. jangan gelakkan aku sebab aku typo MAITENANCE >.<

CERPEN CINTA SEORANG WANITA YANG DIPERMAINKAN




Di pagi buta ni, aku nak bercerita tentang kisah cinta. ya! CINTA..Walaupun task dan tutorial aku masih tertangguh.. aku masih merelakan diri untuk menulis entry ini. semuanya kerana CINTA. Argh. abaikan-abaikan.. Lets straight to the point and pleeaase dont belok-belok. Actually, tadi aku ade laa usha-usha facebook atau erti kata lain facebookwalking. Then, terjumpa la satu cerpen ni..and, aku rasa korang semua mesti dapat agak la kan cerpen ni pasal ape..ya! pasal CINTA! . Aku rasa cerpen dia ni sangat menarik laa bagi aku.. so, aku teringin plak nak kongsikan dkat korang pasal cerpen ni... jom baca!
BERMULALAH KISAHH......

Hai awak, bleh tak sy nak berkenalan dgn awk ? sy nak sangat kawan dgn awak Iman...tolonglah terima sy sebagai kawan awk dulu...pleaseee Iman...
Itulah paparan mesej yang baru sahaja Iman terima.’’Huh, mamat ni lagi. Tak habis-habis ganggu hidup aku. Hari –hari mesej aku cakap benda yang sama. Aku cakap tak nak dia tetap jugak kacau-ka...cau aku.’’ luah Nurul Iman Adrianna kepada Nur Alia Arisya, sahabat baiknya. ‘’Ala Iman kau layan jelah mamat tu, untung nasib boleh jadik pakwe kau, hehehe’’ujar Lia sambil tersenyum kambing pada Iman. Iman menjegilkan matanya pada Lia ‘’haaaa apa kata , kalau kau nak sangat kau jelah layan mamat tu. Aku tak naklah layan dia. Dah lah tak kenal tiba-tiba je hantar mesej kat aku nak kenal-kenal dengan aku. Entah datang dari mana pun aku tak tahu. Kang tak pasal-pasal dia permainkan hati aku perasaan aku macammana?? Sapa nak jawab?? ‘’ soal Iman pada Lia.
‘’Hmmm betul jugak cakap kau tu Iman. Kang tak pasal-pasal kawan aku nih makan hati berulam airmata pulak’’ Lia berkata sambil mengerutkan mukanya. ‘’ Yang kau berkerut-kerut ni napa? Hihihi janganlah buat muka camtu nanti hilang kecomelan muka kau tu tahu tak’’gelak Iman.’’ jangan marah Lia aku gurau je’’gurau Iman kepada Lia. Alia mempertahankan dirinya ‘’ehhh kau cakap baik sikit tau,aku walau buat mimik muka macamana pun tetap comel tau..hahaha... takdelah Iman,aku Cuma fikirkan tentang mamat tu,napa tak habis-habis dok kacau kau. Apa ekk yang dia nak dari kau? Betul ke dia ikhlas nak kawan dengan kau atau dia ada maksud lain?’’ Iman mengeluh sambil membetulkan posisi badannya ‘’ entahlah Lia,aku pun tak tau apa yang dia nak dari aku. Nampak macam betul-betul ikhlas nak kawan dengan aku. Dah hampir sebulan dia mesej aku tanpa jemu semata-mata nak kawan dengan aku. Aku bukan taknak terima tapi aku takut dia ada simpan muslihat. Yelah, dari mana dia dapat nombor telefon aku pun aku tak tahu. Tu yang buat aku takut tu.’’ Terang Iman.’’ Apa kata kau terima je dulu. Kau kawan je dengan dia,mana tau dia betul-betul ikhlas dengan kau’’pujuk Lia. ‘’ hmmm nantilah aku fikirkan dulu. Ehh Lia jomlah kita g sekarang,nanti terlewat pulak kita sampai kelas’’ kata Iman sambil bangun melangkah menuju ke pintu.
**********************************************************************************
Salam..Iman boleh tak sy nak kawan dengan awk? Dah lama sy nak kenal dgn awk.. sy bekenan sgt ngn awk..please Iman..terima sy sebagai kawan awk..Iman akhirnya membalas mesej tersebut.
Oklah..sy terima awk sebagai kawan sy.. tapi tolong jangan main-mainkan perasaan sy..sy terima awk sebagai kawan sy seikhlas hati..Jadi sy harap pun awk seikhlas hati nak kawan dengan sy tanpa apa-apa niat..boleh awak berjanji takkan permain dan pergunakan sy untuk sebarang tujuan? Sebelum tu,siapa awk ni? Nama awak apa?mana awak dapat nombor sy?
Dan 5 minit kemudian lelaki tersebut pun membalas mesej Iman
Nama sy Hafiz Arif student Uitm jugak ambik kursus kejuruteraan mekanikal. Sy mintak nombor fon awk pada member awk..tak perlulah sy ckp sape dia sb sy dah janji dgn dia takkan bgtaw identiti dia. Terima Kasih sebab sudi terima sy jadik kawan awk. Happy sgt2 sb awk sudi jugak nak kawan dgn sy Iman. Sy berjanji takkan permainkan awk dan sy jugak iklas bkawan dgn awk ..
Iman membaca mesej itu berulang kali sambil memikirkan siapakah yang member nombornya kepada Hafiz. ‘’hmmm lantaklah sapa pun yang bagi..dah penat nak fikir’’ Iman berkata-kata didalam hatinya.
**********************************************************************************
Hari demi hari hubungan Iman dengan Hafi bertambah erat. Walaupun mereka tidak pernah bertentang mata namun keakraban mereka melebihi segala-galanya.
Hari ini genaplah 3 bulan perkenalan mereka.Mereka belum berkesempatan untuk berjumpa kerana Iman masih belum bersedia untuk bertemu Hafiz . mereka hanya berkirim gambar sahaja melalui MMS. Walau bagaimanapun, Hafiz sering melihat Iman dari jauh. Hafiz amat tertarik dengan sikap Iman yang sentiasa ceria bersama teman-temannya. Hal itulah yang menyebabkan Hafiz benar-benar ingin mengenali Iman. Sekarang Iman dan Hafiz sedang bercuti pertengahan semesta. Iman berada di kampungnya yang terletak di Pahang manakala Hafiz masih di Shah Alam kerana bekerja secara sambilan di sebuah Hotel yang terletak di Subang Jaya.Tepat pukul 12 malam Hafiz menelefon Iman dan menjelaskan isi hatinya kepada Iman.‘’Iman, Fiz nak luahkan sesuatu pada Iman..Fiz sebenarnya dah lama jatuh cinta pada Iman tp Fiz takut nak luahkan sebab takut Iman menjauhkankan diri dari Fiz andai Fiz terus terang. Fiz jatuh cinta pada Iman sejak pertama kali terpandang Iman.’’ Hafiz memghentikan ayatnya sambil mengeluh. ‘’Iman, izinkan Fiz bertakhta dihati Iman, izinkan Fiz mencintai Iman. Fiz janji takkan hampakan Iman.Iman terkedu dengan pengakuan itu ‘’ erkkk, biar betul Fiz?? Iman tak tau nak cakap macammana sebab terkejut sangat. Fiz yakin ke betul-betul cintakan Iman?’’‘’Fiz yakin Iman, Fiz betul-betul cintakan Iman.Iman terimalah Fiz jadi sebahagian dari hidup Iman’’. Rayu Hafiz.‘’Oklah Fiz, Iman terima Hafiz jadi sebahagian dari hidup Iman. Iman terima Fiz seadanya dan Iman harap Fiz juga terima Iman seadanya. Iman harap Fiz tak permainkan cinta Iman ’’.Hafiz menjawab, ‘’ Iman,fiz janji takkan sekali-kali permainkan hati,cinta dan perasaan Iman. Fiz janji’’.
********************************************************************************
‘’ Iman, Fiz dapat tawaran kerja offshore dengan Exxonmobil. Fiz dah berhenti belajar. Jadi, kita terpaksa tangguh dululah pertemuan kita sebab 21 Jun ni Fiz dah nak kene lapor diri. Mungkin lambat lagilah kita boleh jumpa sebab lepas ni Fiz sibuk dengan training selama 1 tahun. Harap Iman sabar ye. Fiz kerja ni pun sebab nak kumpul duit. Nanti dah cukup duit kita kahwin yea sayang. Iman bagi masa kat Fiz setahun untuk kumpul duit,InsyaAllah tahun depan kita kahwin’’ jelas Fiz pada Iman.'’ Yelah Fiz, Iman faham. Fi jangan curang dengan Iman ye. Iman betul-betul da mula cintakan Fiz. Iman harap Fiz sentiasa setia dengan Iman sebab Iman tak pernah curang dengan Fiz’’ ujar Iman sambil menahan sebak. Sedih dengan berita yang baru disampaikan oleh Hafiz.Hafiz memujuk Iman, ‘’ sayang janganlah sedih, Fiz pergi kerja cari rezeki,kan kita nak kahwin. Iman jangan sedih-sedih ye. Fiz selalu ada untuk Iman.’’Bulan berganti bulan, hubungan mereka makin rapat. Iman semakin mencintai Hafiz. Hubungan mereka sudah melewati usia setahun namun mereka masih belum berkesempatan untuk berjumpa memandangkan kerjaya Hafiz yang baru bermula membuatkan Hafiz sukar memohon cuti.Walaupun pergaduhan kecil sering berlaku disebabkan kesukaran mereka untuk berjumpa namun semua itu bukan alasan untuk Iman curang.Salam, hai Iman. Apa khabar? Iman sihat?-Abang wan- Iman mengenali pemuda itu. Dia adalah sahabat baik Hafiz. Salam..Alhamdulillah iman sihat abg..abg sihat x? Berapa lama cuti? Sama dengan Fiz jugak ke?
Hubungan Iman dengan wan rapat seperti abang dan adik. Wan juga bekerja satu tempat dengan Hafiz. Iman dan Wan sering berbalas mesej. Iman amat senang dengan sikap Wan yang amat prihatin terhadapnya. Walaupun Iman tidak pernah berjumpa dan bercakap dengan Wan didalam telefon namun dia tahu Wan seorang abg yang baik. Manakala hubungan Iman dengan Hafiz tetap utuh dan semakin mekar walaupun dari kejauhan.
*********************************************************************************
Tett..tett... bunyi nada mesej dari telefon Iman. Iman membuka mesej tersebut dan mendapati pengirimnya adalah Abg Wan..Salam.. Iman tengah buat apa tu? Iman abg ada 1 perkara nak bagitahu Iman. Iman dah bersedia ke nak dengar??
Berdebar-debar jantung Iman tatkala membaca mesej tersebut
Salam abg.. Iman tak buat apa-apa,baru sudah masak je ni.. Yea abg.napa ehh?? Ada perkara mustahak ke yang abg nak bgtaw? Iman sedia nak dengar. Cakaplah bang.
Tak lama kemudian Iman tiba-tiba menerima panggilan telefon dan tertera nama ‘Abg Wan’.
‘’Hello’’ Iman memulakan berbualan.
‘’Hello Iman’’, Wan menjawab.
Dada Iman berdegup kencang keran itu adalah suara Hafiz!!! Bagaimana suara hafiz tapi yang sedang bercakap itu adalah wan?? Semua itu menjadi tanda Tanya pada Iman.
Ni sapa? Abg Wan ke Hafiz?? Kenapa suara Hafiz tapi yang naik nombor abg??
Iman menyoal Wan..
‘’Iman, ni Abang Wan. Abg nak terus terang kat Iman. Abang dah tak sanggup nk tipu Iman lagi. Iman, sebenarnya Hafiz da hampir 8 bulan tipu Iman. Hafiz sebenarnya dah kahwin semasa kalian tengah bercinta. Dia kahwin semasa hubungan kalian lebih kurang setahun. Dia paksa abg ganti tempat dia untuk jaga Iman. Sim kad dia ada pada abg.selama itulah juga Iman mesej dan bercakap dengan abg bukan dengan Fiz. Suara kami memang sama. Sebab tulah Iman tak dapat cam antara suara abg dan dia. Maafkan abang Iman kerana sebab kawan abang pun sanggup tipu Iman’’. Terus tenag Wan kepada Iman.
Bagai halilintar membelah bum, dihujung talian Iman sudah mula tersedu sedan. Sukar digambarkan dengan kata-kata betapa terlukanya Iman di kala itu. Satu penipuan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.
‘’abang,apa salah Iman? Mengapa Fiz sanggup buat Iman macam ni? Mengapa dia tak terus terang dengan Iman? Apa dosa Iman pada dia? Hina sangatkah Iman pada dia sampai sanggup tipu Iman? Mengapa dulu berjanji dengan Iman akhirnya dia sendiri mungkiri janji? Napa abang juga tipu Iman? Napa abang ?? Hancur hati Iman abang tahu x? Cinta yang Iman beri,ini yang dia balas. Setelah Iman cinta sepenuh Hati pada dia, setelah bermacam-macam pengorbanan yang Iman lakukan ini balasan dia. Patutlah susah nak jumpa bermacam-macam alasan tercipta. Sampai hati dia buat Iman macam ni’’ sendu Iman.
‘’ Iman maafkan abang. Abang tersepit antara Iman dan Kawan baik abang. Fiz minta abang jaga Iman sementara dia ceraikan isterinya sebab tu abang sanggup ganti tempat dia sekejap. Abang tak mahu hubungan kalian putus. Tapi sekarang Fiz da hilangkan diri. Abang dah tak tahu kemana dia pergi. Maafkan abang Iman, maafkan abang abg berdosa pada Iman. Hidup abang tak tenang Iman. Abang nakk terus terang dengan Iman namun abang tak sanggup kerana abang mula jatuh cinta dengan Iman.abang takut kehilangan Iman’’.
Iman mematikan talian kerana sudah tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan lagi dari Wan. Ketika itu Iman amat terluka dengan perbutan kedua-duanya yang sanggup menipu dirinya. Iman menangis dan terus menangis. Hancur hatinya mendengar khabar yang tidak pernah dijangka. Sia-sia cintanya selama ini langsung tak dihargai oleh lelaki yang hanya pandai menabur janji. Dan Iman pun menangis sepuas-puasnya dengan pendustaan demi pendustaan yang dia terima. 'YA Allah pilunya hatiku pedihnya aku menangung semua ini..mengapa disaat aku mencintainya dia permainkan hatiku..mengapa aku tertipu..sukarnya nak menerima kenyataan pilu ini..Ya ALLAH kuatkan hatiku tabahkan aku''
Kini, tawar sudah hatinya untuk dimiliki dan mencintai. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Iman pasrah dengan suratan takdir. Biarlah Hafiz bahagia diatas penipuan yang dia cipta.

ohhhh. sian kan dekat perempuan tu. hmm, aku taktau laa ape motif nye laki tu berjanji bagai nak kahwin laaa.. nak cari rezeki untuk kahwin dgn pempuan tu laaa.. alih-alih dia dah kahwin dulu... so, senang citer macam ni laaa.. bercinta ni.. janji je lebih..tapi jarang sangat tertunai nye.. macam dalam cerpen dkat atas ni.. konon janji taknak sakiti hati prempuan tu laaa.. nak kahwin dengan perempuan tu laa.. tapi, alih-alih benda lain yang jadi... aku rasa sangat kesian terhadap kondusi perempuan tu sekarang. hey iman! jom la kahwin dengan sy, perlu ke kahwin dengan sy? mesti la perlu.. sebab, saya JANJI takkan sakiti hati awak macam HAFIZ buat kat awak. kbai .

sumber : facebook. aku tak ingat dari mana aku copy. so, siapa yg claim artikel ni dia punya. bagitau aku, nanti aku backlink dkat tuan dia. thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...