Sunday, June 19, 2011

UCAPAN TERAKHIR SEBELUM MELAPORKAN DIRI DI MAKTAB PERGURUAN

IPG tu ape? MAKANAN? ye.. IPG tu makanan. ade jual kat kepsi. beli lahh.. murah je. sama harga dgn snack plate.. *sila jangan percaya.* TAK.. actually cuma penat la sikit dengan soalan yg berbunyi "IPG tu ape" so, terhasil la intro yg agak sengal ni .. meh sini adik nak jelaskan kat korang ape maksud IPG tu. cheit..

IPG tu sebenarnya institut perguruan.. korang pernah dengar maktab? mesti pernah kan?. haa. actually.. aku pun baru tau pasal IPG ni last year kot. time form 5.. sebab time tu aku ada tanya cikgu. "Cikgu, cikgu dulu masuk maktab eh? err. brape eh nak score kalau nak masuk maktab?" Then cikgu cakap . "sekarang da takde da maktab. diorang da ganti dengan IPG" After that baru la aku tau yg maktab tu IPG. so, kalau orang tanya.. "Belajar kat mana sekarang? " Aku lebih senang jawab "baru nak daftar dekat maktab" . so, takde la org tanya aku lagi IPG tu ape? pandai kan aku? ok aku mmg pandai. thanks .

IPG yang bakal aku belajar dan bakal menghabiskan 5 tahun aku ni adalah di Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . *ok cukup skema tak? .SEO beb* bakal menyambung course TESL jugak. lagi ape ehh.. erm. tu je kot. ape? nak tgk kampus dia? sat aku pi google.
LAWA TAK? ok, bayangkan laki yg berdiri kat situ .. adalah AKU. HAHAA
So, dikesempatan ini.. suka cita dimaklumkan bahawa aku mungkin akan kurang aktif berbelog *sekarang pun da kurang da aku rasa* Tapi, akan lebih berkurangan kalau aku dah mula belajar kat sana. bukan pe. aku pun taktau lagi macamane keadaan kat sana. dengar citer cc pun tadak..hogoshhhhh. HAHA. ape ni tengah bandar KL takde cc? nak aku lempang je rasa. haiih.  *ayat lebat* .Lagi satu aku tak bawak laptop tau. so, tu yg lagi takbest tu... bukan pe. aku takut nanti kalau bawak tak guna buatpe.. lagi pun belum tentu dapat access internet duk dkat kolej kediaman tu. haihhh.. i wonder how my life is without internet >.<


Ermm.. ape lagi eh ayat sedih lagi pasrah aku nak buat??? macam dah takde dahh. HAHA. tapi still nak ada-kan jugak. sebab macam tak puas hati je tgk pos pendek2 ni. LOL. lalallaa~ wei! idea aku mmg dah stuck la!! aku taktau nak sambung ape dah! HAHA. dah la. tu je. akhir kata, babai .. n do pray for my success..
Ehhh. japp! sape yg dok area KL tu.. kalau weekend nak kuar dgn aku jom lah! kehh kehh. boleh ke camni?

Haaaaaaa..ade lagi ! . Kepada semua twipples2 berjaya ! aku nak ucapkan satu je. HAHA. sila jangan rindu kan muka aku sepanjang ketiadaan aku di timeline korang. lalalala~ dann.. sila jangan marah jugak kalau tetiba je ade kuar muka aku kat timeline tu. bhahaa...ok laaa. bai korangg. :'(
Japp. hahh. nampak gmbar bawah nihh. aku rasa man ni nak spesel ucapan laa utk diaa .wahh ! wakakkaa! hamek ko .



So, buat Man Yusoef .. aku taktau nak cakap ape kat ko ni. tapi aku terai ehh! hahaha. papepon , ko jage twitter tu elok2. tau #tiba. then, err. ape lagi. alaa.. taktau laa... haa. ni haa.nanti nak tengok transformers ajak aku tau! . lalaa~ jangan lupaaa. pastu pastu pastuu. Korang tau sape man yusoef ni? ok meh jap nak bagitau. dia ni bakal menggegar dunia blog malaysia. sbb tu aku sanggup buat post letak nama dia ni. kalau tak, gua tak hingin beb! ahaha .

Goodbyeeeeeeeeeeeeeeee sambil usap2 pale blog. lalala~ ayat  sape tah.. XD
*entry tergesa-gesa ni.*

Wednesday, June 15, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #2 - GOODBYE

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Sunday, June 12, 2011

SYEDGRAPHIX DOT COM DI MAJALAH REMAJA EDISI 15 JUN 2011

ASSALAMUALAIKUM
Dekat atas ni cover Majalah Remaja Edisi 15 JUN 2011
Bangun-bangun pagi je aku terus bukak laptop la kann. macam biasa ah. tapi, jangan tanye la aku bangun tido kul brape. hahaha .Then, bila aku bukak je account facebook aku.. aku pun tengok notification... pastu, aku terjumpa satu post yang memeranjatkan diri aku.. post dia macam dkat bawah ni haa..

Time ni dah la tengah blur... ye la, baru bangun tido kot.. then. tetiba je nampak post macam ni. haha. aku pun macam, ehhh.. serious la blog aku masuk remaja ni.. serious ahh. wa tak caye lu la der.. lu tipu waa.! mencik luu noorfatahiah.. aku nak cakap camni da kat dia mula-mula, then.. dia cakap "nak aku tangkap gambar ke?" Aku pun tunggu jelaa dia tangkap gmbar...and,selepas itu. dia upload dkat SB

oraitee...da ade gambr baru lah aku boleh caye. HAHA. aku pun cepat-cepat gi kedai cari buku remaja tu.. adehh. eksaited punya pasal nak tengok blog sndiri masuk majalah. huhu..Tapi, bila tengok majalah remaja tu. hahaha. aku punya template , template lame lagi laa... macam buruk kot.. *kecewa* tapi, tak kisah laa buruk ke hape... janji blog aku diberi peluang untuk di masukkan di majalah remaja >.<
Petikan dari Majalah Remaja : Mula aktif dalam blogging pada bulan Disember tahun 2010 dan jejaka berumur 18 tahun ini mempunyai blognya sendiri iaitu www.syedgraphix.com. Blog milik syed mempunyai pelbagai genre dan sebab itulah dia meletakkan tagline iaitu "everything in one'. Kebanyakan entri yang ada dia akan meletakkan gambar yang telah diedit. Bersesuaian dengan nama 'graphix' yang ada pada blognya . ia nampak lebih menarik dengan gambar-gambar sebagai hiasan blog. Selain itu, ada juga diselitkan segmen sperti "follower birthday list' Segmen ini menunjukkan senarai hari jadi pengikut blognya dan dikumpulkan disitu untuk dikemaskinikan. Apabila tiba hari jadi mereka, dia akan pos entry istimewa buat mereka. Blog syed juga ada tutorial tentang perisian photoshop,tips dan lain lain lagi. Banyak yang menarik ada di Blog Syed tapi kalau na ktau lebih lanjut lawatilah blognya!
ohh.. terharu gila apabila blog aku yang picisan ni diberi peluang untuk berada di majalah no.1 di pasaran . Bukan senang kot nak dpat. adehh... thanks pihak remaja kerana sudi mereview blog sy yang picisan ni didalam majalah anda! .. sangat speechless. tak tau nak cakap ape dahh.. 



Actualy, ada lagi satu blog yang masuk.. jom terjah, MARIA SI PENCINTA JELLYBEAN.
Akhir kata, Thanks to Majalah Remaja kerana sudi menempekkan blog picisan aku dalam majalah mereka.. dan tidak lupa jugak.. terima kasih kepada NoorFatahiah sebab, aku dapat tau yang blog aku masuk majalah daripada dia ..kalau tak mmg taktau la kann.. thanks. ko mmg tbaek lah! *tiba* HAHA

JOM DAPATKAN MAJALAH REMAJA EDISI JUN 15 DI PASARAN SEKARANG! (:

Thursday, June 9, 2011

KENAPA ADA GUITAR BOLEH MAIN DEKAT GOOGLE?

ASSALAMUALAIKUM

Waaa..harini hari yang sangat sangat lah bosan! seriously aku taktau nak wat ape.. bukan taktau.. tapi, malas nak buat..kalau nak ikutkan banyak mende boleh buat, gi bandar utk settelkan borang untuk belajar ke maktab tu.. then, fotostat segala surat-surat yang berkaitan, mintak pengesahan, shopping barang-barang.. see? memang banyak kan? >.< tapi, seriously aku sangat malas di saat ini.. hanya terdampar di depan laptop je laaa..dah tu je kemahiran yang aku ada. HAHA *poyo

Sambil dok golek-golek depan laptop ni, aku pun cam biasa la kan.. bukak google chrome.. then. bukak la google.com .Pastu, tetiba je dia da bertukar macam kat atas tu... ade gaya rupa gitar le plak.. and, aku pun..tanpa segan silu hala kan cursor mouse aku ni dekat guitar tu.. hamagashhhhhh *gedik* boleh maen gitar weii!! boleh maen gitar!! hahaha. eksaited plak aku tetiba menatam tu berbunyi.. batak pun ada jugak..  Sebenarnya..kewujudan gitar tu adalah untuk meraikan Les Paul punya birthday yang ke 96th. 
Siapa Les Paul ?
ok, dia ni dikenali sebagai Les Paul , dia ni seorang guitarist american jazz , dia ni juga penulis lagu dan penemu.. *penemu ni lebih kurang macam pemula sesuatu laa* dia ni adalah seorang perintis dalam perkembangan gitar elektrik. dia ni dikreditkan sebab dia dah merakam banyak rakaman yg penuh dgn inovasi. Walaupun dia ni bukan lah orang pertama yang menggunakan teknik ni..eksperimen pertama dia, dia menggunakan overdubbing juga dikenali sebagai  sound on sound. pastu, delay effects seperti tape delayphasing effects dan multitrack recording adalah diantara yg pertama untuk menarik perhatian luas.

Bakat inovatif dia dikembangkan kepada gaya bermain termasuklah menjilat trills, chording urutan, resah teknik dan masa, yang membuatnya berbeza dari orang sezamannya dan gitaris banyak terinspirasi dari hari ini dia merakam dengan isteri dia Mary Ford pada 1950 dan mereka telah berjaya menjual jutaan rakaman ..
Last but not least about him, Among his many honors, Paul is one of a handful of artists with a permanent, stand-alone exhibit in the Rock and Roll Hall of Fame. He is prominently named by the music museum on its website as an "architect" and a "key inductee" along with Sam Phillips and Alan Freed
Macam tu laa cerita diaa kenapa guitar tu tetiba je muncul depam google chrome. HAHA. so, nak dijadikan cerita.. aku pun nak jadi macam dia! yarghhh! tapi, aku nak maen gitar dkat chrome tu je la. keh kehh.. nahh. cube korang tgk ni.. ada bakat tak aku nak jadi macam dia? >.<


Style kan lagu yg aku maen? HAHAHA.okbye
*nampak sangat aku sangat bosan smpai update psalni XD*

Wednesday, June 8, 2011

BLOG PINK NURAMALINA ATHMAN


ASSALAMUALAIKUM

Agak lama la jugak aku menyepi daripada membuat review blog ni. tapi korang tak kisah kan? tlong la faham aku. hehe. sbb, aku ni bukan 24:7 dpan laptop . *eh takk. 24/7 laa -.-"*

So, harini aku nak mulakan balik sesi review blog aku yg dah tertunda sekian lama. hahaha.. skarang ni.. giliran blog Nur Amalina untuk di review..so, tanpa melengahkan masa. jom baca ape pendapat aku pasal blog dia >.<
TEMPLATE
Template blog amalina ni aku tgk just nice je.. kaler pink. memang sinonim dah kan dengan seorang perempuan. tapi, aku rasa .. menu bar yang ada "home,tutorial,fb" tu lebih baik kalau diletakkan di bawah header. sebab kengkadang aku masuk blog org trus scroll down, then mmg tak nmpak part menu bar kat atas tu.. then, kalau menu bar tu dapat digantikan dengan image lagi better kot. hehehe..

Lagi ape ehh. ermm... yang nuffnang punya iklan tu rasanya kalau letak dekat belah atas lagi ok kot. ye lah kan. kalau letak iklan kat bawah.. kadang-kadang orang tak perasan sangat. so, bila orang dah tak perasan iklan tu.. acane diorang nak click iklan kite kan? so, widget iklan nuffnang tu. try move kan kat atas.. 

Kedudukan kotak shoutbox tu pulak. cuba Amalina try letak dkat bawah widget follower tu.. sebab, kadang2. lepas diorang da follow.. diorang boleh shout dkat situ.. tak kisah laa diorang shout "i follow u , please follow me back" ke.. janji diorang senang nak tinggalkan pesanan. takyah nak scroll bawah sangat untuk mencari kotak shoutbox tu.. senang kan? so, kita da permudahkan orang kat situ..Lagi ape ehh.. rasanya takde ape dah kalau part template ni. sebab template mmg dah ok..
ENTRY
Sekarang kita move kepada part entry plak.. adehh.. aku ni takde la bagus sangat nak tegur tegur entry orang ni. HAHA. tapi, nak try la jugak tegur skit.. blog amalina ni.. dia punya entry more to personal life dia.. kdg2 pasal blogging life pun ada... dia rajin join #WW. Kalau tengok dkat blog dia. mmg banyak la entry wordless wed ni. hhaa. Pastu, dia pun ada jugak cerita pasal si gambir kuanghajo tahap 10 tu -.-"
KLIK KALAU NAK TENGOK ENTRY AMALINA PASAL GAMBIT
Eh, ape aku ni. si gambit tu kan da mintak maap. HAHA. biar. lantak. pdn muka dia -.-"

Bahasa yang amalina ni guna pun lebih kurang je macam aku. kengkadang guna baku skitt. kengkadang ada part part tu.. keluar je bahasa pasar. tapi, takde ape la. as long as takde guna bahasa rempit or yg sama waktu dengannya aku ok je baca.. Aku rasa da takde pape dah kot. ok, ckup sampai kat sini. hehe. cuma, nak pesan kat amalina.. kalau boleh banyakkan lagi entry yg boleh dibaca.. sebab, ape yg aku perasan.. aku klik older post asyik entry #WW je. takde entry psal life or something like that. hehe.. no offence k? thanks. tapi, older post banyak skit ade plak. hhaha XD

Wordless Wednesday #WW - Missing Them


Maksud Wordless Wednesday
 Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) 
p/s : agak-agak korang faham tak ape aku nak sampaikan? miahaha. XD

Sunday, June 5, 2011

PENGALAMAN LUCU BERSAMA PALANG AUTOMATIK


ASSALAMUALAIKUM

Bila teringat balik kisah-kisah dulu.. hahaha. banyak gila kenangan lucu dengan palang automatik ni 
*lucu? macam pelik je istilah. HAHA.. 

Dan..bila teringat je balik peristiwa tu.. mesti gelak tak kering gusi! macam rusa masuk kampung pun hadoo jugak kadang-kadang. kalah orang asli. nak kata duk kampung pun tak jugak.. duk bandar kott. orang kampung pun mebi lebih maju dari aku ni. ngahahaa.. ok jap, nak cerita la ni.. 
Peristiwa pertama time aku DARJAH 6
 Time ni aku sangat la naiff. memang aku batak gila laa.. aku terperap je dkat pahang tu.. sampai KL pun tak pernah gi..So, satu hari ni.. mak aku ada lah janji dengan anak angkat diaa nak pergi dkat KL. nak melawat la konon-konon..sebab se ingat aku.. aku memang tak pernah pergi ke KL sebelum tu dengan keluarga aku.. kalau ada pun rombongan sekolah je la yang bawak aku gi KL tu.. kalau dgn family mmg tak pernah.. Then, kitorang pun pergi la KLCC time gi sana..bila da sampai je tempat nak parking.. mesti la kena lalu PALANG AUTOMATIK tu dulu untuk AMBIK CARD dia kann?. aku pun dengan naif gilaa pergi masukkan duit dekat tempat ambil card tu..


Mesin dia lebih kurang macamni laaaa...aku masukkan duit dkat lubang tu la T_T. mana la aku tauu.. aku taktauu... waaaa!! tapi, mesin dkat KLCC tu laen skit. bkan mcm ni. sebab dia ada lubang macam untuk tmpat masuk duit.. HAHA.. Last-last semua satu kete gelakkan aku.. diorang suruh aku, tapi tak bagitau aku pulak suh tekan butang tu.. aku mana lah tauu!!! *blushing satu hari diorang dok gelak kat aku pasal ni tau T_T .
Peristiwa ke dua, 2010 KOT? time aku form 4
Okay, ni kali ke dua.. kali ni dekat East Coast Mall , Kuantan . Time ni aku da lupa da kisah time darjah 6 dulu.. So, aku macam pelik gila bila jumpa mesin automatik macam ni.. HAHA.. *tapi sekarng aku ingat plak? LOL* Pastu, bila da tekan butang dan amik kad untuk parking tu..kitorang pun pergi la window shopping dkat mall tu.. time nak balik.. ade jumpa satu mesin ni.. dia tulis AUTOPAY machine kot. lebeh kurang laaa. so, aku ni tau laa yg tu tempat utk bayar parking..aku pun bayar laa duit parking tu kat mesin tu... so, aku dengan BANGGA gila menuju keluar untuk pulang..sampai dkat palang tu... tetiba je.. palang tu takmo naik. aiihh. ape kes palang ni...? Then, orang tu cakap..kena masuk card dulu..

Aku pun.. errr.. dah la card untuk parking tu aku dah tinggal dkat mesin tu!! HAHA. macamane ni.. kereta da la melambak kat belakang.. masing-masing semua duk bunyikan HON. "ko pehal nak hon hon guaa? Grrrr.." Nak reverse kereta dah takleh da.. sebab orang kat belakang tak nak reversed. haha. so, tpaksa la aku berlari untuk pergi balek dkat mesin bayar parking tu nak ambik balik kad yg ttinggal... dah la jauh. adess... mmg penat gila la. naseb baik sampai je kat sana.. kad tu masih ada.! *lega . Kalau hilang kena bayar RM20 kot.. gilo ape. Tapi  akhirnya dapat jugak keluar.. wee~ :)
Peristiwa ke tiga time dkat Shah Alam baru baru ni.. 
Baru baru ni kan aku ada pergi KL kan?? HAHA. time ni memang takleh blah laa.. aku pergi dkat Plaza ape tah nama dia dkat shah alam ni.. MBSB kot. err. yeke? ntah. series tak ingat.. then, aku pun nak gi laa kat tempat parking.. parking tu dkat basement kot.. so, jalan nak ke tempat tu memang kena turun macam bukit la lebih kurang.. turun skit je dari bukit tu...dah ade palang tu dah... lepas tekan je button dkat mesin tu kann.. palang tu taknak naiik!!!! . Aku taktau ape masalah dengan palang yg taknak naik ni! then, aku tengok dkat situ.. dia ada tulis macam ni
"Sila tunggu lima belas minit bla bla bla"
Aikkk.. ape motif diaa kena tunggu dkat bukit ni sampai 15 minit??? lama gilaa!! aku pun macam. "ehh serius laa kena tunggu dkat sini 15 minit baru palang ni terangkat?"

Dekat 5 minit la jugak tunggu kat palang tu.. HAHAHA. cam harommm je gi tunggu situ.. last last datang pak guard ni.. aku punn dngan sedih nye tanye diaa "kenapa palang ni takmau naikk cik?" . Then, dia pun cakap yg palang tu rosak! HAHA. watdefish kau nak rosak time aku guna woi palang! buat malu aku je tunggu punya lama kat situ! cheiitt! . Pastu, org tu buat camne ntah .. so, naik laa palang tu.. hadoii.. Lepas tu, aku menuju ke tempat lain plak. aku tak ingat nama tempat tu.. spatutnya kad tu mmg kena simpan.. akak aku ni.. dia lupa .. dia pergi renyuk renyuk kan kad tu!! . Sampai dkat palang tu.. aku tanya la dia "weii, meh sini kad.. aku nak masukkan" 

Puas jugak laa kan dia cari kat mana card tu. HAHA. rupanya .. dia da renyuk-renyuk kan. .mana lah nak jumpa! kereta belakang ni tak sabar sangat... aku tgh cari kad je pun. sabar la sikit! grrr. nasib baek mesin tu masih menerima kad yang remuk tu tadi. wahaha..
Peristiwa lagi... tapi, kali ni dekat Pusat beli belah AEON 
Time ni kat Klang, aku nak gi rumah kazen aku.. dengan akak aku la... aku pergi kat situ.. suh kazen aku jemput je .. sebab tak tau jalan Klang lagi.. sebab, tempat kazen aku tu macam belit-belit skit laa. so, taktau sangat jalan diaa.. better laa kitorang tunggu dkat pusat beli belah ni dulu... Then, lepas dah habis round dkat situ... aku pun nak bayar laaa duit parking.. pastu.. aku masuk kad tu dkat mesinn. dia reject.. masuk , reject, masuk , reject.. asal dia reject kad aku.. nak kata aku salah masuk tak jugak.. dah betul da direction dia.. tapi still taklehh.. memang pelik gila la, mata aku time tu memang fokus dkat kad tu je. tak fokus dkat screen mesen tuu. pastu, ade sorang aunty ni.. dia cakap.. yg kad tu takyah bayar.. sebab sekejap sangat.! HHAHA. aku pun macam cegeng gila! padahal da ade tulis da dkat screen mesin tu RM 0.00 . memang malu gilaa ='( aunty tuh, gelak je kat aku. sedih woo..tapi, aku dengan muka innesen.. cakap kat dia.. "terima kasih ye kak!"


ok, dah habis cerita aku.. malu je bila ingat balek. dah dah. taknak ingat balik dahh! ciao
*korang jangan gelak. senyum boleh. okbai*

Saturday, June 4, 2011

ISU GAMBIT SAIFULLAH DAN VIDEO MARILAH-PREMA YIN'S


ASSALAMUALAIKUM

Siapa gerangan makhluk baju berbelang di atas? korang kenal? TAK? ye. aku pun tak kenal sbenarnya.. SERIOUSLY baru kenal pagi tadi.. BARU lagi laa maknanya.. ingat aku hadap sangat ke nak hapdate psal dia ni?.. SORRY. takde masa bhai. aku update pasal ko ni pun sebab aku dah menghabiskan sehari dkat wall page FB ko yang HOT sangat tu...ehem, bagi yg tak kenal lagi dia nih. meh aku nak introduce sket..tak best la pulak kalau korang tak kenal..

Nampak tak biography dia?? haa. ingat aku hadap ke nak tulis panjang2. printscreen sudah. ohye, source menatam kat atas ni adalah dari blog dia.. gambitsaifullah.com .

Baru-baru ni.. adelaa dia ni buat satu video.. ape tah nama video dia.. Marilah - Prima Yin kalau tak silap aku...korang nak tgk? hahh. bukak youtube.com then search sendiri nama video kat atas.. korang da tgk video tuhh? naisss kan? memang terbaik la dia ni.. dah macam org bukan islam punya bideo dah aku tgk.. dah la video boleh di rate 18SX . memang la takde adegan kiss-kiss or aksi ranjang ke hape bak kate ko dkat dlam fanpage ko tu.. tapi, ko tau tak yang content video ko ni memang langsung tak sesuai di tayangkan di Malaysia? Agak-agak la bhaii... 
STORYLINE VIDEO NI
"cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu... - Gambit Saifullah"

Aku pedulik hape pasal storyline / motif sebenar video yang ko produce ni.. tapi, agak-agak la.. ko tau tak yang aku jijik gila tengok movie ni?? Then, bila orang duk kritik ko punya video.. hangin satu badan pulak . Siap mencarut-carut bagai. ehh, ko pehal ehh nak carut-carut?? tak blajar sivik ke? budi bahasa budaya kita bhaii.. kalau taknak jaga bahasa.. gi kuar negara. jgn dok Malaysia! tengok kata-kata yang indah dia ni

Dah la ko da cemarkan nama agama dengan video ko tu.. then, bahasa pulak tak reti nak jaga.. kata ko orang seni bro! orang seni terima la kritikan/teguran orang lain.. jangan nak EGO sangat boleh tak! ko rasa ko da bagus ke bila ko buat video camtu?? ko rasa ko da ckup HOT ke bila ko da boleh dapat beribu2 fans (orang like) dkat page ko tu?? *padahal org like nak kutuk ko je . 




Yang ni memang aku hangin. haiih.. ko pehal nak asshole middle finger bagai dkat blogger? ko tau tak pengaruh blogger ni memang kuat gila dalam industri ?? kalau takde blogger yang review/ yang publish pasal any latest movie / video. takde nye artis yang suam-suam kuku cam ko ni nak naik..(ko dah naik ke?) Aku kisah ape ko artis. ko ingat ko artis boleh cakap suka hati??? Susah sangat ke ko nak terima pandangan dan kritikan orang lain?? susah sangat ke? dan..


Tengok soalan diaa. tengok soalan pun macam haram jadah.. ko nak tau ape yg salah video ko tu? ko nak tunjukkan kasih sayang suami isteri (oh suwittnyee) . Tapi, ko pernah tak tpkir bila budak-budak tgk video ko tu? .Of course la jadi isu..ko tu dah la islam .then, gi produce video macamni. kalau ko tu kafir serius aku tak kisah langsung..takde cium raba? tapi ko tak perasan ke yang ko dah menunjukkan satu scene dimana menunjukkan seolah mengeksploitasi wanita dan dipotretkan dengan imej yang sangat 'teringin'? .


Anu dalam botol? Seriously aku cakap kat ko.. Filem tu memang 100% aku pun tak setuju. dah tu? ko pehal? nak tiru buat jugak cite macam tu? ko tak tau ke yang anu dalam botol tu lebih kurang macam propaganda yahudi?? siap bagi dapat offer dari luar negara lagi filem tu.. pastu, lama-lama.. makin ramai laa yang buat filem macam tu.. sekaligus .mengabaikan adat budaya serta agama kita.. ko pun nak jadi macam tu?? fikir bhaii..fikir...lagi satu, bayangan imaginasi yang ko paparkan dkat green screen tu pun sangat tidak sopan...

Dan, kepada #gambiters..korang jangan laa nak tegakkan benang yang dah basah.. takyah nak tegakkan perkara batil.. dah kalau dia da salah.. tegur je laa.. yang korang nak bela lagi pahal? dah tu.. siap komen "kubur lain lain, biar la dia" Kubur memang lain lain woi. tapi, pernah tak ko tu terpikir ape yg diamanahkan dkat kita "amar makruf nahi mungkar" tak perlu laaa aku nak jelaskan perkara macam ni. aku rasa masing masing semua da pandai. time sekolah rendah, sek menengah.. semua da belajar pendidikan islam , tapi..aku taktau la korang bagi attention ke tak time kelas tu...

Dengan ini, aku berharap yang Gambit Saifullah ni memohon maaf kepada ribuan bloggers (maybe) yang ko da hina dan caci tu.. dan, ohh... ko nak tips untuk boleh menerima teguran orang lain? Kalau ko nak aku boleh bagi... rendahkan la ego ko tu.. ko kena tau.. bidang yang ko ceburi ni bidang hiburan. ada benda yang orang tak suka.. ada benda yang orang suka.. tapi, as long as ko punya video tidak melanggar etika dan agama.. mesti orang suka punya.. tapi, video yang ko buat plakk sebaliknya.. mana la org tak kritik.. dah tu.. bila da diberi teguran dan segala nasihat.. ko makin melinting.. haiyoo. susah la ko nak naik bhaii...jangan rasa apa yang kita buat ni selalu betul.. kadangkala kita kena memandang pandangan orang lain.. dan bukan membalas pandangan orang lain dengan cacian dan segala kata-kata kesat..nampak sangat tak professional wei..! thanks.

Friday, June 3, 2011

SIAPA KATA BUDAK TESL PANDAI ENGLISH?

ASSALAMUALAIKUM

Slamat pagi buta! Err.. pagi-pagi ni.. aku nak cakap pasal ape ehh. errr. pasal Paper English aku lah. HAHA..agak poyo laa entry ni.. tapi, gasak ape aku.. aku rasa aku patut kott update psal ni.. sebab, yela.. aku kan dpat IPG then course TESL.. bila aku sebut je TESL.. orang mesti cakap "pehhh. BI ko mesti power gilaa" . U're totally wrong dude.. memang salah laaa..Aku seriously tak pandai sangat la BI. which means, ade part part yg aku lemah. as example. aku memang takleh blah part grammar.. grammar memang aku surrender ah weh..kadang kadang Past tense dengan present tense pun aku boleh tertukar

Aku memang laa minat English ni.. tapi..adehh. ntahlahh. stakat aku skolah .. tak pernah kot aku dapat A+.. hahhaa. paling tinggi pun A- je laaa.. SPM aku pun english A- je.. takdenye nak A+...dan, aku rasa..part buat karangan bahasa inggeris tu.. aku dah boleh da tulis panjang-panjang (kacang je).. tapi, disebabkan grammatical error.. markah aku still rendah jugak. macam tak dpat nak di elakkan je..pfft..tak caye ce try usha karangan kat bawah ni.. seriously memang banyak gila grammatical error. ahahaa.

siap ade note teacher aku letak : BE CAREFUL OF TENSES
*siapa rajin baca lahh karangan tak best aku*

Spatutnya kan.. Kalau karangan da panjang macamni.. kalau takde salah pada grammar. da boleh dpat 40/50 ke atas dahh T_T . Buat habis dakwat pen aku je tulis panjang-panjang. alih2 dapat 29 je. HAHAHA.. Even jalan cerita aku tah pape..tapi, kalau betul grammar nye no hal je. diorang bukan bagi marks berdasarkan jalan cerita.. marks semua diberikan ikut ayat korang. *ayt keling*. Sebenarnya malu aku nak tunjuk kertas pekse aku ni. hahaha. tapi, lantak pi lahh.. 

Macamane laa bila aku da start masuk Maktab tu nanti. adehhh.. aku risau tak dpat nak bawak je. lagi lagi kalau part grammar tu... Serious risau gila kot. aku tak dapat nak bayangkan macamane cara pembelajaran dia.. *poyo. Dengar senior cakap.. paper grammar semua susah. hadehhh. ni la aku cuak ni..aku ni bukan pandai mana punn. kalau pandai takpe la jugak..so, bagi sesiapa yang cakap budak TESL ni semua pandai english.. no, korang salah! sbagai contoh. aku laa, english ke laut.. tapi boleh pulak nak amek TESL.. hadoii. pape punn. doakan aku bjye eh.. ehh, kalau rajin baca laa karangan aku tu. penat aku tmpal kat blog ni kalau takde sape yg baca. sob3. okethx alot =) .nyte.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...